BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Sunday, November 25, 2012

sahabat saya kata nak berubah




assalammualaikum wbt...



sesungguhnya, saya menulis post ini dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran apabila seorang sahabat baik saya berniat untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini. usaha beliau juga dapat dilihat. moga beliau berjaya mencapai matlamat yang dia inginkan. moga beliau menjadi jauh lebih baik berbanding sebelum ini. semestinya dalam perjalanan hijrah beliau ini akan dibantu oleh Allah SWT. saya sayang sahabat saya dan saya sangat bahagia jika lebih ramai sahabat saya berniat sedemikian. bukan kerana saya lebih baik daripada mereka, tapi saya juga seperti mereka. setiap hari berusaha untuk perbaiki diri...









sahabatku semua, jangan malu jangan segan untuk berubah kepada yang lebih baik... Peluang untuk berubah terbuka luas untuk kita semua tanpa mengira siapa pun anda. Allah tidak pernah tutup pun peluang itu. jangan nantikan hidayah datang kerana ia perlu dicari :).








kalau bukan kita sendiri yang membawa diri untuk berubah, siapa lagi????




wassalam



0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin