BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, November 10, 2012

Kenal tak kenal, tahu tak tahu




Assalammualaikum wbt,..


Hari ini saya nak membebel tentang social perception. Saya membebel tentang hal ini bukanlah kerana saya hebat dan banyak ilmu, tapi ada beberapa perkara yang sangat menarik perhatian saya. Tajuk social perception ni sememangnya adalah berkaitan dengan keadaan atau situasi yang sering berlaku di sekeliling kita. Nama juga ‘social’ kan.. kalau nak tau meaning dia dengan lebih mendalam, sila Tanya dr. Google ye J

                Sebelum saya merapu dengan lebih lanjut, sangat suka saya untuk bagitau tentang satu benda ni iaitu dalam social perception ni ada 3 bahagian yang penting iaitu nonverbal communication, attribusi dan impression management. Nonverbal tu komunikasi tak lisan, attribution tu ialah bagaimana kita berfikir tentang kenapa seseorang individu itu melakukan sesuatu tingkahlaku itu dan impression ialah bagaimana kita menilai sikap seseorang individu ini. Maafla kalau banyak info kurang ye maklum jelah tuan punya blog tak khatam bab ni lagi. Huhu

                Tiga benda tadi tu mempunyai hubungan. Tak tahu nak terangkan macamana. Tapi secara bahasa pasarnya bunyinya begini: mula2 kita lihat sikap sesorang itu (nonverbal), then kita mula bfikir kenapa pula si pulan itu bersikap seperti itu (attribution). Lepas dah puas fikir kenapa orang tu buat acting tu the barulah kita mbuat penilaian. ok, kita tingalkan benda ni dulu.............


banyak benda nak cakap tapi tapi tak tau nak susun...nak starting macama mana pun tak tau..tula...masa SPM dulu saya tak cukup study macam mana nak mengenalpasti isi-isi penting kot..haha

jadi lepas dah fikir panjang, saya taip macam ni jelah...


sikap setiap manusia adalah berbeza2. banyak variasi dan perisanya. manusia ni ada tingkahlaku yang kuat dalam diri dia, tingkahlaku tu dia akan sentiasa buat dalam kehidupan sehariannya. contohnya, orang yang kuat membebel. tiap2 pagi je dah membebel. kalau sikap ni dia laksanakan secara konsisten atau enduring maka ia akan diiktiraf sebagai sikap seseorang individu tu.  tapi ada juga tingkahlaku yang tiba2 je muncul dalam diri dia (mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor). contoh orang yang tak pandai melawan kata2 ibu bapanya, tapi tiba2 je melawan kata2 ibu bapanya. kenapa?

menilai setiap sikap manusia adalah bukan suatu perkara yang mudah.

kenapa?

sebab KADANG-KADANG ATAU KERAP KALI JUGA (pendapat tak profesional, nak percaya, percayalah, tak nak dah) manusia bertingkahlaku mengikut desakan2 tertentu. masa ni la kita tak boleh nak menilai orang ikut suka kepala kita je...

contohnya: 
situasi 1
ali-seorang yang susah sangat nak marah. tiba2 ada satu ari tu dia marah2. tapi mustahil sikap marah2 ni dia buat sekali je spanjang hayat dia kan. mesti ada waktu dia akan buat lagi tapi secara menyeluruhnya iaitu pada hari kebiasaannya dia xde pun marah2. 

masa ni kita tak boleh la nak judge dia adalah seseorang yang pemarah. sebab tingkahlaku yang dia tunjukkan ini bukanlah tingkahlaku yang berlarutan atau bertahan lama. lagipun, mungkin ada sebab dia tiba2 jadi macam tu. mungkin dia terlalu stress or penat. dan pada masa tu semua orang tak faham keadaan dia n desak dia dengan macam2 perkara. mungkin sebelum ni dia sabar je. tapi lama2 hilang sabar la.










situasi 2
siti-seorang yang ceria. ADA WAKTU tertentu dia buat muka dengan SEORANG kawan ni.
sebab kawan ni selalu buat dia geram dan dengan CARA DIA BUAT MACAM TU SI KAWAN AKAN SEDAR bahawa siti sedang geram dengan dia. tahan ke nak sabar sepanjang masa? jangan nak kelentongla. lihat diri sendiri sebelum lihat orang lain.

adakah ini juga di judge sebagai sikap kekal dalam diri siti? bagi saya tak, sebab sikap tu bukanlah kekal, dah tu bukan buat pada semua orang pun. tu pun buat sekadar nak bagi si kawan perasan bahawa siti sedang kurang berkenan dengan si kawan (terpulang la korang dapat tangkap ke tak apa saya nak cakap ni, tak tau nak buat ayat camana dah). tu pendapat orang yang kurang ilmu macam saya la. tp yang tinggi ilmu mgunung melangit tak taula. kadang2 orang terlalu bijak menilai orang ni payah gak, salah orang je nampak. salah diri yang over tak sedar. kelakar bukan???

ok.. bukan nak memandai taip itu dan ini. tapi inilah yang saya nampak di sekeliling saya. ni masih social perception kan?? saya dah gabung nonverbal, attribution and impression kat atas tu. dah jadi rojak dah.
yela kot...

ok terus jalan....

sebelum menilai orang lain, fikir sejuta kali sebab sikapnya, jangan terus main taram je cakap orang itu dan ini. lagi satu kisah lucu yang sering berlaku ialah jengjengjeng... tegur orang bukan main, diri sendiri lagi teruk...

tapi saya nak kongsikan ceramah yang saya pernah terdengar dari surau al-falah, kolej za'ba upsi, bunyinya begini (lebih kurang la): kalau kita ingin menegur orang atas kebaikan (even kita buat benda yang sama. mungkin kita tak nak dia jadi macam kita), boleh.. tapi kan elok kalo kita menegur ni pun tak buat benda yang sama supaya kita boleh jadi contoh kepada orang yang ditegur: bila saya fikir balik betul juga apa yang ustaz ni cakap. bak kata orang brutal: "kau nak jadi baik silakan. kau jangan ikut perangai aku ni. aku ni memang macam ni".

adoi, apala cerita saya dah melalut2... k la.. maaf andai ada yang terguris. saya menulis bukan sebab saya baik. mungkin korang fikir saya pun sama je dengan orang lain. tapi lantak la korang nak fikir saya apa. saya cuma nak cerita tentang hal di sekeliling. social perception la sangat!!!

babai, wassalam...





0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin