BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Sunday, November 25, 2012

Gaza Kami Bersama Mu


assalammualaikum wbt....


apa khabar semua? moga sentiasa sihat hendaknya....


seperti yang kita ketahui, sudah berminggu-minggu saudara kita d Gaza ditelah serang oleh Israel Zionis. malah, sampai sekarang mereka masih diserang walaupun kononnya kesepakatan gencatan senjata telah dicapai. namun, Israel zionis telah mencabul perjanjian damai yang telah mereka persetujui. Jumlah syahid semakin meningkat dari hari ke hari tanpa mengenal peringkat usia. sememangnya mereka tidak boleh dipercayai. itu adalah hakikatnya. mereka tidak akan pernah ingin mengalah kepada warga Palestine yang tinggal hanya tanah Gaza sehingga mereka belum dapat menakluk keseluruhan tanah Palestine itu.


kenapa?


sebenarnya, mereka bukan hanya ingin membunuh warga Palestine, tetapi tanah Palestine tu yang mereka idam-idamkan. Bagi mereka itu adalah tanah mereka, dan masjid al-aqsa adalah milik mereka kerana di bawah masjid tersebut mereka ingin membuat kuil mereka yang dipanggil 'haykal'. dan realitinya 'haykal' tersebut sudah pun di bangunkan sekarang ini. 


rentetan daripada peristiwa ini, banyak program-program yang berkaitan dengan Gaza telah dilancarkan, di mana ia sekaligus untuk mengutip dana untuk mereka di Gaza. dan setiap kali saya menghadiri program-program yang berkaitan dengan Gaza semestinya ia mengamit sejuta kekesalan di dalam hati. Israel zionis sangat melampau. kita hanya mampu mendoakan warga Palestine supaya terlepas daripada dugaan ini.


apa lagi yang kita boleh tolong untuk mereka????

kita pun boleh berjihad, tapi tidaklah sebesar jihad mereka...


mungkin kita boleh menyumbang wang untuk dihantar ke sana melalui badan-badan non-government seperti aqsar syarif dan aman palestine. selain itu, kita boleh menyebarkan tentang kezaliman israel zionis terhadap warga Gaza kepada orang ramai supaya mereka tahu bahawa sekarang ini saudara-saudara kita sedang ditindas dan perlukan bantuan. dan kita juga perlu memboikot ekonomi orang israel zionis ini. sekiranya kita hanya membenci tanpa memboikot mereka tidak akan takut. mereka hanya akan takut dan goyah jika ekonomi mereka jatuh. al-maklumlah melalui duit itulah yang mereka gunakan untuk membeli peluru, membuat bom, membeli kereta kebal dan lain-lain untuk membunuh saudara-saudara kita di sana. jadi di pihak kita, sangupkah kita apabila duit belian kita tadi digunakan sedemikian rupa? pastinya tidak...


ayuh, samalah kita membantu saudara kita di sana walaupun sekadar bantuan seperti di atas..


wassalam...

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin