BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Sunday, November 25, 2012

BELIA CONTOH.....



assalammualaikum wbt...



apa khabar semuanya? 
(setiap kali start tulis blog mesti tanya benda yang sama. mesti korang bosan kan)
tapi x pe la...kan elok...huhuhu


tapi bukan itu yang nak dijadikan isu sekarang ni....
tapi saya nak cerita pengalaman saya dengar ceramah tentang Gaza yang bertajuk :Gaza kami bersamamu:


saya dah tak nak cerita sal Gaza kerana semua orang sudah maklum tentangnya. tapi saya nak cerita tentang penceramahnya......opssss!!! don't judge me first! but listen to me first!


ok..nak cerita.................................



semasa sedang membaca buku sementara menunggu ceramah bermula, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki bertanyakan lokasi ceramah kepada pengarah program. saya memandangnya dan berfikir "mmmm, ni kawan2 penceramah kot". sebab orangnya terlalu muda. sekitar 26 tahun mungkin. kemudian beliau masuk ke dalam surau dan berborak dengan para ajk, then keluar balik.




"mengumumkan ketibaan penceramah kita, saudara............."
bila saya pandang kepada penceramah yang dimaksudkan,
"la, dia ke penceramah nye?"
ok... majlis bermula....




sepanjang mengikuti ceramah tersebut, saya sangat kagum dengan semangat jihad saudara tersebut. walaupun beliau masih muda tapi beliau tidak terlalu leka dan alpa dengan dunia. malah, sentiasa memikirkan tentang masalah umat, berusaha membantu saudara-saudara kita yang susah. beliau adalah graduan undang-undang. sempat bekerja sebagai peguam. namun, beliau telah meninggalkan kerjaya beliau semata-mata ingin terlibat dalam pertubuhan sukarelawan non-government yang bernama aqsa syarif...ni lebih kurang macam aman palestin la juga. beliau jadi sukarelawan ke myanmar dan selatan thailand... yang len tak ingat la. beliau juga memberi ceramah-ceramah agar orang ramai tahu situasi saudara-saudara Islam kita yang sedang ditindas, beliau juga membantu dalam mengutip dana daripada orang ramai, menghantar bantuan ke tempat-tempat yang sepatutnya.



saya bukan memuji beliau supaya beliau menjadi takbur atau riak, sebab pujian kita ini tak bermakna pun pada beliau kerana beliau mengejar ganjaran daripada Allah SWT. tapi, saya nak kita semua belia malaysia buka mata dan jadikan dia contoh. saya bukan minta kita semua ke myanmar ke thailand bagai, tapi saya nak kita ada rasa dan mencuba untuk melakukan sesuatu yang mana ia boleh membantu saudara-saudara kita yang lain. seperti berdakwah dalam negara, membantu golongan yang susah, memberi ilmu atau informasi secara sukarela kepada orang yang tidak berkemampuan dan lain-lain.



saya tahu macam kita yang belia ni ramai yang sibuk sangat study kat universiti, tapi adakah kita sepanjang masa nak sibuk dengan hal sedemikian tanpa berhenti sebentar untuk melihat dan membantu saudara-saudara kita? bak kata fatimah syarha "kalau kita nak ubah masyarakat, kena ubah keluarga dulu, kalau nak ubah keluarga kena ubah diri dlu, kalau nak ubah diri kena ubah hati dulu". lebih kurang macam tu la. jadi kalau golongan belia yang bijak pandai ni turun padang untuk melaksanakan seperti yang dikatakan oleh fatimah syarha tu tak mustahil kita akan dapat memiliki belia-belia yang hebat seperti saudara penceramah tadi di masa hadapan.



"jangan tanya apa yang Islam sumbangkan untuk anda, tapi tanyalah diri apa yang kita sumbangkan untuk Islam"




Jabatan Urusetia Negeri & Daerah Aqsa Syarif (JUND)

LAMBANG AQSA SHARIF




wassalam

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin