Assalammualaikum wbt...
apa khabar semua...?
alhamdulillah...setelah sekian lama berehat daripada membebel dalam blog ini..
maka hari ini saya tiba2 rajin nak update blog...
so fikir punya fikir tak tau nak conteng apa kat blog ni....
jadi...
akhirnya...
tajuk kat atas tulah pilihannya....
al-kisah~~~~~
biasa kita dengar, muslimah/muslimin yg baik itu dia akan menjaga pemakaiannya (aurat)...dan sebaik
manusia ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik...sebenar ada peribahasanya tapi saya tak
ingat..hehe..sorry.. tapi.. kerap sekali kita temui orang yang tidak seperti tajuk di atas. kenapa ye??? erm...
ni untuk perkongsian bersama je...
kita kalau nak keberkatan di dunia dan akhirat, jangan jaga pemakaian je beria2 tapi akhlak tak cuba nak
ubah.. tak seronokla macam tu kan? kalo ia sejajar kan mesti lagi comel :) kadang2 segan juga sebabnya
ada yang tutup aurat semua dah cantik tapi masih suka menguriskan hati orang lain. mulut cakap main lepas
tanpa memikirkan perasaan orang lain..
kalau kita buat banyak amalan yang disuruh oleh agama, alhamdulillah sangat2.. pahala tetap akan ada.. tapi
seronok tak rasanya kalau kita buat macam2 perkara kebaikan tapi orang kurang menyenangi kita atas dasar
akhlak kita yang suka ikut kepala sendiri, anggap diri je betul. pantang nampak salah orang mulalah
mengutuk orang tu dalam fb or twitter. dan teruk tak rasanya bila orang yang kita kutuk tu adalah orang yang
dah bersusah payah tolong kita. rasanya kita adil tak memperlakukan orang tu macam tu? adil tak?
mana pergi sensitiviti kita terhadap perasaan orang lain? kenapa hubungan dengan manusia kita tak jaga?
Allah cakap hablumminallah wa hablumminannas.. jadi kenapa tidak padulikan habluminannas tu? ingatlah,
janganlah kita terlalu takbur dengan setiap amalan kita sampai tidak menjaga sensitiviti orang sekeliling kita.
kita bukan siapa2 pun di muka bumi Allah ini...
sebelum saya merepek lebih jauh, lebih baik saya berhenti di sini sahaja. maaf andai ada yang terguris.
mari muhasabah diri bersama.
mari muhasabah diri bersama.
wassalam...
0 comments:
Post a Comment