BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Friday, December 21, 2012

kelegaan yang sebenarnya

assalammualaikum wbt semua...


ingin ku ceritakan kisah pagi ini yang sangat melucukan....


ceritanya~~~~~~

pagi tadi saya ada presentation yang terakhir untuk semester yang gilang gemilang ini.

saya bangun awal pagi yang teramat2 la orang kata... memang nak g kelas awal sesangat la konon..

takut lambat gi kelas.. kang mengelabah tahap gaban pulak...

selepas buat preparation buat kali terakhirnya.. tengah saya bersiap-siap tu (baru nak tempek bedak kat muka)  saya sempat jeling jam di atas katil...



8.48




respon saya



"hah!!!!" (nak terkeluar biji mata masa tu!)





"biar betul ni " kepala lutut dan tangan mengigil selaju-lajunya.
(sambil tangan laju macam parkinson menghambur semua bedak kat muka, hasilnya macam peta dunia)




tudung tak pakai lagi, stokin tangan tangan mana???? stokin kaki mana???


suasana dalam bilik kecoh seperti ada pertandingan lumba lari seratus meter dalam olimpik!!




roomate tanya "ang napa weh?"


saya: "ya Allah kin.. mati la aku.. kenapa la aku tak perasan jam tu dah 8.48..tadi sebelum mandi baru masuk jam 8...abislah"


wajah dr. hazalizah hamzah menari-nari di mata ku~~~~~~~~


dengan gerak selaju kilat untuk bersiap....dan terus berlari selaju jet pejuang menuju ke foyer (sorry..kak ema, fana, tikah n kak yan...i pegi dulu..tak dapat mesej..cakap dalam hati je wei)... rasanya kalau saya lawan dengan usain bolt masa tu dia mesti tingal jauh kat belakang weh...


nampak bas...alhamdulillah..mujur ada bas...dengan tangkas nya saya terus masuk melompat ke dalam bas dan duduk!!!


masalah seterusnya "bila la bas ni nak jalan"
tengok isi bas, takde sorang pun budak kelas..."abesla dorang sume dah gi dulu"
masa tu tekak kering, darah dalam badan tah dah mengalir entah ke mana, kaki yang mengigil dari tadi tak reda2 lagi...



saya sms kak ema "akak, nz g dulu tau"

takde balasan..sekali lagi...
"akak dah dalam kelas ke?"


than tengok jam


8.34


"hah!!!!"  ternganga daku dek terlalu terkejut!!!



aik... tadi apa nombor jam ni sebenarnya????


setelah bermuhasabah diri, saya mengandaikan tadi tu sbenarnya adalah jam 8.28....kot..........
ok.. terasa lega.. kelas jam 9.. so takde la saya lambat sangat...fuh!!!

sms masuk dari tikah "naya, grk jam bpe? (tah sejak bila nama saya jadi naya)
ish..dia ni perli saya ke tanya2 jam bape nak gerak ni????

saya reply, gtau salah tengok jam... telefon bunyi...tikah di talian...(saya tak ingat perbualan 100%. so ni lebih kurang jela)

tikah:"weh.. kelas ko jam bape?"
saya:"jam 9"
tikah:"fana kata jam 10 la"
saya:"????????"


sekali lagi

hah!!!!!!!!!!!!!!!!???????????????????




tau tak apa perasaan saya masa tu??? TAHU TAKKKKKKKKKKKKKKK???
"SAYA NI NAPE SEBENARNYE?????? ANXIETY DISORDER APA? TERLALU RISAU NAK PRESENT SAMPAI OTAK GAGAL BERFUNGSI DENGAN NORMAL"..SAYA MEMANGLAH NAK GI KELAS AWAL TAPI BUKA SEAWAL INI!!!...

tengok luar tingkap...nampak DK tergedek2 nak naik bas..."abislah"
(malam tadi saya cakap kat dia kelas jam 9 dan awal2 pagi lagi saya dah sms suruh gerak awal ke kelas!!!!!)


saya; "DK"
Dk; "ya kak, abislah kak..lambat suda kita"
saya telan air liur sebelum memulakan bicara....
"Dk, sebenarnya kelas kita jam 10 .. (sambil buat2 muka comel)
Dk: "ah??? m... takpe la..kita g buat latihan kat fakultilah"
fuh..mujur...

alhamdulillah...walaupun fikiran kami banyak terganggu tapi selesai juga present kami..



moral of the story:
1. kau tu rabun, len kali kalo tengok jam pakai spek mata...
2. jangan cepat mengelabah kalo hadapi situasi macam ni lagi...steady jap...tak pasal2 dapat peta dunia kat muka..
3. len kali cek betul2 jadual tu kelas start jam bape sebenarnya.. ye cik...takde la terpaksa lari laju mengalahkan usain bolt..
4. jangan sembarang2 sebar jadual kelas yang salah pada kawan2..kang tak pasal2 kering air liur nak explain hal sebenar kt orangnya.
5.jangan terpengaruh dengan tugasan anda... tajuk kau memanglah anxiety disorder,, tapi tu tak bermaksud kau kena jadi anxiety sekali ye macik....
6. korang pikir la sendiri lepas baca story ni~~~~







ok kita tingalkan kisah lucu itu......



fuh..memang lega sangat sebab tugasan untuk semester ni dah habis...
(kecuali tinggal 1 je..esok ada merentas desa..alahai sayang....)


alhamdulillah...

semoga semuanya mendapat keberkatan di sisi Allah swt... amin..


sekarang..perjuangan seterusnya ialah menghadapi final exam...

moga dipermudahkan oleh-Nya :)

teringat sir Nuzsep cakap.. :apa2 jadi nanti kamu bertanggungjawablah terhadap result kamu sendiri:
(actually... xde la sama sangat tapi lebih kurang la bunyinya...huhuh)



tu je la..malas nak menaip dah... cuma rajin nak letak gambar je....ok..saya tau..blog saya sangat membosankan..hehehe...tak pe la..janji saya happy..~~~~ lalalalala~~~~





terima kasih...

Saturday, December 15, 2012

Lata Kekubu, Lenggong, Perak

 Assalammualaikum wbt semua...



saya nak borak panjang.. huhu... 






hari tu saya menyertai camping ke Lata kekabu (8-9/12/2012) anjuran Kelab Wira Mahasiswa (KEWIMA).. untuk pencerahan kelab ni dikendalikan oleh ahli-ahli PALAPES... seronok sangat... macam-macam aktiviti yang disediakan oleh ajk pelaksana... walaupun 2 hari kemudiannya saya ada test Psycholoy Personality, namun tetap bersemangat untuk bergembira..heheh



ni masa dalam perjalanan, ni pandangan keseluruhan keadaan dalam bas. yang depan2 ni antara ajk pelaksana


before pergi program tu, saya fikir "erm, mesti program ni strict sangat..sebabnya PALAPES yang handle". that is my first impression ok. masa dalam perjalanan, saya fikir "erm, so far ok jugalah program ni". Bila sampai and dapat taklimat daripada penyelaras program, saya fikir "erm, tak strict pula.. bukan main lembut lagi budi bicaranya". dan ajk yang lain juga cukup murah dengan senyuman. hilanglah rasa cuak saya kat dorang~~~


ok lepas tu kami buat ice breaking... macam biasalah..i got a lot new friends (orang putih antam saja)... so, my group members ialah nan, asyraf, ros, wan, aini dan dila... and ada juga sesi berkenalan dengan dengan ajk pelaksana...



sesi taklimat dan perkenalan dengan ajk pelaksana



dan kami dengar dengan khusyuk!!!!


ni masa discussion dalam kumpulan



lepas discuss dengan rakan-rakan sekumpulan, wujudlah nama kumpulan tiger dengan sorakan yang meriah..hehe..lepas tu kami solat and makan!!! sedap tau.... then lepas tu kami g muzium arkeologi... best...





balik je daripada muzium, kami kena jalan kami masuk ke tempat camping..best,..tak letih pun..why? sebab jalan ramai2 sambil bergelak ketawa!!! paling best!!!!! kami di benarkan mandi sungai!!! seronoknya.... dan lagi saya kagum ajk pelaksana sentiasa menjaga kami semasa mandi sungai tu..betapa mereka nak menjaga keselamatan kami semua.. tq la korang :)






pas mandi, kami solat n baca yasin secara berjamaah. sejuk hati buat benda macam tu dalam hutan...then kami ada malam unggun!!! kami kena buat persembahan.. group saya buat pantomen (lebih kepada refleksi untuk aktiviti siangnya) dan nyanyian... wakil ajk pelaksana pun ada buat persembahan!!




malam yang tenang nan indah, saya tidur dengan nyenyak sekali tanpa merasa letih dan gigitan nyamuk...tapi kadang2 terjaga juga.. dan saya lihat ajk pelaksana tak tidur pun.. dorang berjaga untuk jaga kami tidur.. saya pun "owh, dorang ni biar betul..tak ngantuk ape?" sesungguhnya mereka sangat komited... pada pagi yang indah itu, aktiviti kami dimulakan dengan cerdas hutan..apalagi,.. joging dalam hutan lah kami...


lepas sarapan kami buat aktiviti flying fox!!! merentasi sungai!!! awesome kot!



ni bukan saya ye. saya cuma nak cakap kami berpeluang melakukan pelbagai aksi semasa aktiviti flying fox. tengok aksi mereka..hebat bukan?


ni juga awesome!!! 
(bagi orang yang sensation seeking like me la) :)


best x?
hehe


ni gambar before balik semula ke tempat camping


lepas tu kami balik semula ke lata kekabu, jalan kaki dari jalan besar. sampai sana mandi n solat. daaaaaaaaannnn ada aktiviti masakan rimba!! sangat mencabar..sebab ajk bagi kami beberapa bahan masakan then kami kena masak sendiri... bukan masak pakai dapur biasa ok..alah..masak macam dalam hutan tu.. masa masak tu..tu dia!!!! baju yang tadi wangi sebab dah mandi dah jadi bau asap dah...ayo...haha... macam kaedahlah yang kami guna bagi merealisasikan bahan2 tersebut kepada menu yang kami idamkan..but, yea..macam biasa..this is the first time..so, wajah makanan tersebut tidaklah seindah mana..kuikuikuikuikui....tapi dengan redhanya kami makan juga sampai habis..hehe



masak



makan


tu dia..penilai masakan para masterchef rimba...


lepas makan kami, buat majlis penutupan. macam biasala..ada ucapan pengerusi KEWIMA, tuan Jumain,  tuan pengarah program, bacaan doa daripada tuan karim. sorry tak tau nama penuh anda dan pangkat anda. selain itu ada penyampaian hadiah dan refleksi... then dapat makan lagi!!! hehe.. sememangnya sepanjang join program ni kami asek makan je...

bacaan doa


tempat pertama pentomen dan tempat ketiga keseluruhan



makan makan makan


makan dalam bulatan..terasa ukhuwah itu...


lepas segala-galanya selesai kami pun balik...sedih pisah dengan kawan2. even sama universiti tapi bukan senang nak jumpa dah. masing2 lain bidang, lain fakulti, dan lain kolej... lagi satu student kat u kan bukan sikit..banyak woo... hehe



maaf ye tuan abu. minta izin guna gambar untuk part dalam perjalanan pulang ni..huhu




selamat tinggal lata kekabu~~~~~


itu sahaja cerita yang saya dapat kongsikan daripada program ini. sebenarnya condition program ni adalah sangat seronok tapi saya tak tau la nak story macam mana lagi..hehe..tak pe la..selebihnya hanya Allah yang tahu...


kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehkita berjumpalagi.


sebelum terlupa..ni lagu tema program ini




bye korang!!!


sekian, terima kasih..

wassalam








Monday, December 3, 2012

Jihad Pak Cik itu



assalammualaikum wbt...


saya tak nak tanya khabar dah.. nanti korang bosan... huhu


hari ni jalan ke pekan. naik teksi... first impression, pak cik teksi kelihatan warak... ...


semasa dalam perjalanan ke pekan, pak cik tu borak tentang isu Gaza. semestinya saya sangat berminat dengan topik itu.. tak lama kemudian, saya memberitahu beliau kami nak turun kat ***. lalu pak cik tu kata, "nasib baik bukan mcdonald. kalo kat mcdonald pak cik tak nak hantar. korang turunlah kat mana2. nanti gi sana sendiri". pak cik tu siap bagi tunjuk senarai barangan israel zionis yang perlu diboikot sekaligus menerangkan kenapa kita perlu memboikot israel. dia juga berniat ingin turut berjuang di Gaza namun belum ada kesempatan. bagus betul pak cik ni, alhamdulillah.. kalau lagi ramai orang macam ni sangat bagus..


sebenarnya, tak kira siapa pun kita, di mana pun kita, kita tetap boleh membantu saudara kita di Gaza dengan cara sebegini. walaupun ini cuma jihad kecil tapi pahalanya tetap dikira.


*ISLAM ITU INDAH*




Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin