BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, December 15, 2012

Lata Kekubu, Lenggong, Perak

 Assalammualaikum wbt semua...



saya nak borak panjang.. huhu... 






hari tu saya menyertai camping ke Lata kekabu (8-9/12/2012) anjuran Kelab Wira Mahasiswa (KEWIMA).. untuk pencerahan kelab ni dikendalikan oleh ahli-ahli PALAPES... seronok sangat... macam-macam aktiviti yang disediakan oleh ajk pelaksana... walaupun 2 hari kemudiannya saya ada test Psycholoy Personality, namun tetap bersemangat untuk bergembira..heheh



ni masa dalam perjalanan, ni pandangan keseluruhan keadaan dalam bas. yang depan2 ni antara ajk pelaksana


before pergi program tu, saya fikir "erm, mesti program ni strict sangat..sebabnya PALAPES yang handle". that is my first impression ok. masa dalam perjalanan, saya fikir "erm, so far ok jugalah program ni". Bila sampai and dapat taklimat daripada penyelaras program, saya fikir "erm, tak strict pula.. bukan main lembut lagi budi bicaranya". dan ajk yang lain juga cukup murah dengan senyuman. hilanglah rasa cuak saya kat dorang~~~


ok lepas tu kami buat ice breaking... macam biasalah..i got a lot new friends (orang putih antam saja)... so, my group members ialah nan, asyraf, ros, wan, aini dan dila... and ada juga sesi berkenalan dengan dengan ajk pelaksana...



sesi taklimat dan perkenalan dengan ajk pelaksana



dan kami dengar dengan khusyuk!!!!


ni masa discussion dalam kumpulan



lepas discuss dengan rakan-rakan sekumpulan, wujudlah nama kumpulan tiger dengan sorakan yang meriah..hehe..lepas tu kami solat and makan!!! sedap tau.... then lepas tu kami g muzium arkeologi... best...





balik je daripada muzium, kami kena jalan kami masuk ke tempat camping..best,..tak letih pun..why? sebab jalan ramai2 sambil bergelak ketawa!!! paling best!!!!! kami di benarkan mandi sungai!!! seronoknya.... dan lagi saya kagum ajk pelaksana sentiasa menjaga kami semasa mandi sungai tu..betapa mereka nak menjaga keselamatan kami semua.. tq la korang :)






pas mandi, kami solat n baca yasin secara berjamaah. sejuk hati buat benda macam tu dalam hutan...then kami ada malam unggun!!! kami kena buat persembahan.. group saya buat pantomen (lebih kepada refleksi untuk aktiviti siangnya) dan nyanyian... wakil ajk pelaksana pun ada buat persembahan!!




malam yang tenang nan indah, saya tidur dengan nyenyak sekali tanpa merasa letih dan gigitan nyamuk...tapi kadang2 terjaga juga.. dan saya lihat ajk pelaksana tak tidur pun.. dorang berjaga untuk jaga kami tidur.. saya pun "owh, dorang ni biar betul..tak ngantuk ape?" sesungguhnya mereka sangat komited... pada pagi yang indah itu, aktiviti kami dimulakan dengan cerdas hutan..apalagi,.. joging dalam hutan lah kami...


lepas sarapan kami buat aktiviti flying fox!!! merentasi sungai!!! awesome kot!



ni bukan saya ye. saya cuma nak cakap kami berpeluang melakukan pelbagai aksi semasa aktiviti flying fox. tengok aksi mereka..hebat bukan?


ni juga awesome!!! 
(bagi orang yang sensation seeking like me la) :)


best x?
hehe


ni gambar before balik semula ke tempat camping


lepas tu kami balik semula ke lata kekabu, jalan kaki dari jalan besar. sampai sana mandi n solat. daaaaaaaaannnn ada aktiviti masakan rimba!! sangat mencabar..sebab ajk bagi kami beberapa bahan masakan then kami kena masak sendiri... bukan masak pakai dapur biasa ok..alah..masak macam dalam hutan tu.. masa masak tu..tu dia!!!! baju yang tadi wangi sebab dah mandi dah jadi bau asap dah...ayo...haha... macam kaedahlah yang kami guna bagi merealisasikan bahan2 tersebut kepada menu yang kami idamkan..but, yea..macam biasa..this is the first time..so, wajah makanan tersebut tidaklah seindah mana..kuikuikuikuikui....tapi dengan redhanya kami makan juga sampai habis..hehe



masak



makan


tu dia..penilai masakan para masterchef rimba...


lepas makan kami, buat majlis penutupan. macam biasala..ada ucapan pengerusi KEWIMA, tuan Jumain,  tuan pengarah program, bacaan doa daripada tuan karim. sorry tak tau nama penuh anda dan pangkat anda. selain itu ada penyampaian hadiah dan refleksi... then dapat makan lagi!!! hehe.. sememangnya sepanjang join program ni kami asek makan je...

bacaan doa


tempat pertama pentomen dan tempat ketiga keseluruhan



makan makan makan


makan dalam bulatan..terasa ukhuwah itu...


lepas segala-galanya selesai kami pun balik...sedih pisah dengan kawan2. even sama universiti tapi bukan senang nak jumpa dah. masing2 lain bidang, lain fakulti, dan lain kolej... lagi satu student kat u kan bukan sikit..banyak woo... hehe



maaf ye tuan abu. minta izin guna gambar untuk part dalam perjalanan pulang ni..huhu




selamat tinggal lata kekabu~~~~~


itu sahaja cerita yang saya dapat kongsikan daripada program ini. sebenarnya condition program ni adalah sangat seronok tapi saya tak tau la nak story macam mana lagi..hehe..tak pe la..selebihnya hanya Allah yang tahu...


kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehkita berjumpalagi.


sebelum terlupa..ni lagu tema program ini




bye korang!!!


sekian, terima kasih..

wassalam








0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin