Assalammualaikum
wbt...
Pada
11/5/2012 aritu kan...
Jangan
jeles tau..hehehe (ok,saya syok sendiri)
Saya ada
pergi dengar forum yang bertajuk “Fiqh Wanita: Aurat dijaga Syariat Dipelihara”
Moderato:
lasmi lukito
Panel
1: Ustzh Fatimah Syarha
Panel
3: Ustzh Yazidah Yahya
Tau tak
apa yang best tentang forum ni???
Ada
USTAZAH FATIMAH SYARHA!!!!!!
Ok,kalau
ada yang tak excited tak pe la..:-(
Jadi
masa tu bukan men ramai lagi wanita2
yang turun ke audi UPSI,
Malam
tu tema warna pink, so memang meriahla sebab ramai wanita2 yang pakai baju
pink!!
Hehe..
So
antara input yang saya dapat ialah:
Ada 5
perkara yang perlu kita jaga dalam islam iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta.
Lepas
tu, cara penjagaan aurat dalam konteks Islam ialah tutup aurat kerana Allah.
3
golongan yang berbicara tentang aurat wanita, 1st ialah golongan
yang ingin wanita mendedahkan auratnya ‘sededah2nya’, 2nd golongan
yang nak wanita menutup setutup2nya sehingga tidak boleh keluar untuk mencari
ilmu dan yang 3rd ialah golongan pertengahan yang sederhana dan
tiada pakaian seragam. Jadi,pilihlah sendiri kita nak berada di bahagian yang
mana..
Lepas
tu ditanya komen panel tentang statement “pakai tudung tapi jahat”, komen panel
tersebut:
Allah
sebenarnya menilai kita dari hati dan amalan. Jadi, tak payah nak judge orang
macam tu macam ni sebab hanya Allah je yang tau seseorang tu macam mana...betul
tak???
Panel
tu kata lagi, syaitan kreatif memperdayakan wanita.. jadi jangan minta
seseorang individu itu menjadi terlalu sempurna sebab syaitan akan sentiasa
akan cuba menarik kita untuk mengikutinya.dan kita pula janganlah terlalu
kreatif juga nak cakap “dia pakai tudung tapi macam tu macam ni”..
Panel
tu kata lagi, kalau kita tutup aurat, pakaian akan menjaga kita..
Kalau nak
tau betul ke tak, cubalah..
Actually,
menurut kata kawan2 saya yang tutup aurat dengan betul, bila mereka nak buat
sesuatu perkara mereka akan berfikir samada elok tak mereka melakukan perbuatan
sedemikian..satu lagi, bila kita pakai pakaian yang mengikut syariah, orang
lelaki pun akan segan nak kacau kita..jadi kita pasti akan berasa
selamat..betul tak...?
Last,
panel tu kata lagi kita ni jangan terlalu mengikut hawa nafsu..orang tu baru
nak buat baik sikit kita dah kutuk2..sepatutnya kalau kawan kita nak berubah
jadi baik..nak tutup aurat ikut syariat..bagilah sokongan moral kat dia..jangan
nak dengki2, cemburu2 dan cakap kata2 yang menyinggung perasaan dia...yang
selebihnya sila rujuk dalam Al-quran surah al-Hujurat dan surah al-Ahzab: 33
Ok..seterunsnya,
Macam
mana kita nak mendidik anak perempuan kita supaya jadi anak yang baik??? Ustzh
Fatimah syarha said that:
Semuanya
bermula daripada macam mana kita nak cari pasangan, kata beliau pilihlah suami
yang ‘high class’, kalau setakat cari bakal suami yang baca al-quran
merangkak2, tau cakap I Love U and I Miss U je baik tak payah buat suami..then,
beliau berkata lagi..kita kena selalu berdoa sebelum kita ada anak
lagi..contohnya sebelum suami dan isteri bersama pada malam hari, jangan lupa
baca doa..sebab semua tu akan mempengaruhi zuriat yang akan dilahirkan kelak..
ok, bila anak tu dah lahir pula, ibu bapa kena lah jagalidah masing2 daripada
berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya..contoh panggil anak kita
bodoh,mangkuk,gelas dan sebagainya. Selain tu dia kata bagi anak2 kita the power
of praise, bagi kata2 yang baik2 sahaja, sentiasa tersenyum, biasakan anak2
dengan Allah; iaitu dengan mengaitkan kehidupan seharian kita dengan Allah dan
tekankan akidah pada anak daripada kecil lagi.
Lepas
tu, ni komen panel apabila ditanya tentang peranan pendidik kepada pelajar;
ringkasnya panel tu kata guru adalah agen perubah kepada anak bangsa. Semua
guru berperanan mengajak anak murid untuk mengingati Allah dan tentang Islam,
jangan asyik lempar tugas itu pada ustazah ustaz je..didiklah anak2 murid
supaya benci pada maksiat dan mencintai syariat serta guru2 juga perlu menjadi
‘role model’ kepada anak murid masing2. Yelah..tak kan lah kita nak ajar anak
murid tapi kita sendiri tak elok..tak minta para cikgu2 jadi sempurna tapi
cukuplah baik dalam aspek yang basic tu..
Ok..ni
lak kata2 yang saya suka yang saya sempat kutip masa forum tu:
“Kalau
kita dahaga carilah air, kalau kita
dahagakan ketenangan carilah syariat”
“Syariat
Allah terkandung hikmah yang besar”
“Katakan
ya kepada kemodenan, katakan tidak kepada kebaratan, katakan ya kepada silang
budaya, katakan tidak kepada serangan budaya”
“Wanita
yang baik itu wanita yang tidak dikenali sebagai bermulut celupar dan tidak
terpedaya dengan lelaki”
Ok..itu
aje..
wassalam