BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

Selamat Datang musiam Exam!!!


Asssalammualaikum wbt...

tak lama lagi nak exam... tapi susah sangat nak fokus study...

macam saya ada gangguan fb dan rasa malas...

hehehe

tak tau la korang...

so, saya nak kongsi cara bagaimana nak tetapkan fokus spy sntsa ingat nak study...





jeng...jeng...jeng...

1. pasangkan niat yang betul2 nak study...doa kat Tuhan masing2..macam saya Islam...jadi, mohon kepada Allah...

2. ingat matlamat masa mula mjejakkan kaki ke universiti..nak cari ilmu n kejar impian..

3. ingat keluarga kat kampung, harapan mereka dan duit mereka yang telah banyak kita habiskan...huhu

4. ingat dan cuba hargai doa orang2 di sekeliling kita yang ingin melihat kita berjaya...:)

5. jangan ada perasaan malas dan studylah bersungguh2

6. yang penting kena ada usaha+doa+tawakal...hehhe

InsyaAllah...Allah akan bagi apa yang kita nak...


wassalam...;)

Monday, May 21, 2012

KEJORA UPSI 2012


assalammualaikum wbt...

yah...

arini saya join sukan antara kolej kat UPSI ni..namenye  KEJORA...

saya masuk acara lompat jauh...

kelakar la...
dah 5 tahun tak lompat jauh tibe2 tadi men lompat je...

haha..

ok la...tidaklah seteruk yang saya sangka...

masuk final juga...tapi tak menanglah...

semestinya yang menang tu adalah orang yang berusaha lebih...

next time saya nak masuk lagi..masa tu nak uaha lebih jugak...

chayok100x...




wassalam...

Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak



Assalammualaikum wbt...

ehehehem...

saya nak share ni hah...

17/5 aritu saya gi Hospital tanjung Rambutan..hehehe

tapi gi under persatuan psikologi la..

dan.. ini kali kedua saya gi saya... seronoklah...

erm...tak tau nak citer ape lagi....

ok...wassalam

Monday, May 14, 2012

Acting!!!!! Yoyoyoyo!!!



Assalammualaikum wbt..

14/5/2012..

Kami baru sahaja menarik nafas lega apabila akhirnya kami berjaya juga menamatkan tugasan lakonan kami yang telah diberikan oleh madam dr.mazura.



Sebelum pergi depan kelas, latihan and plan bukanmain lagi..sampai depan je masing2 blurr..

Ok tak pelah..

Janji dah setel..

wassalam



Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2012



Assalammualaikum wbt..

Ok...hari ini saya takde la nak membebel panjang sebenarnye

Just nak cerita pasal 12/5/2012 aritu saya ikut larian belia..

 

Hehe..
Saya kalah..

Tapi takpela..saya ikut suka2 je..

Lepas larian tu, kami gi tengok budak2 main kompang..comel aje semuanya..

Lepas tu gi tengok, saya dan imi g tengok jualan2 yang ada..apalagi melayang la duit masing2..bagus!!

Lepas tu kami pun merayaplah dari satu booth ke satu booth..hahha..macam2 la kami dapat..

Kemudian, g makan then tengok orang perrandingan pasukan sorak..riuh sungguh...p0ning den!!

Ok tu je..

wassalam

University Of Nottingham, Semenyih




Assalammualaikum wbt...

Hari ini saya nak cerita tentang..

Hari tu pada 9/5/2012, saya dan kawan2 pergi jalan2 cari makan di University Of Nottingham... asalnya jalan2 nak cari ilmu, but lastly jadinya jalan2 buang masa tanpa input..


Hahaha...

Kami sekumpulan je kot yang jalan2 tanpa dapat apap2 input..orang lain ade je..

Salah siapa?

Kami la kot!

Ok...

Wassalam

Bicara Wanita siri 4



Assalammualaikum wbt...

Pada 11/5/2012 aritu kan...

Jangan jeles tau..hehehe (ok,saya syok sendiri)

Saya ada pergi dengar forum yang bertajuk “Fiqh Wanita: Aurat dijaga Syariat Dipelihara”
Moderato: lasmi lukito
Panel 1: Ustzh Fatimah Syarha
Panel 3: Ustzh Yazidah Yahya

Tau tak apa yang best tentang forum ni???

Ada USTAZAH FATIMAH SYARHA!!!!!!



Ok,kalau ada yang tak excited tak pe la..:-(
Jadi masa  tu bukan men ramai lagi wanita2 yang turun ke audi UPSI,
Malam tu tema warna pink, so memang meriahla sebab ramai wanita2 yang pakai baju pink!!

Hehe..

So antara input yang saya dapat ialah:

Ada 5 perkara yang perlu kita jaga dalam islam iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Lepas tu, cara penjagaan aurat dalam konteks Islam ialah tutup aurat kerana Allah.

3 golongan yang berbicara tentang aurat wanita, 1st ialah golongan yang ingin wanita mendedahkan auratnya ‘sededah2nya’, 2nd golongan yang nak wanita menutup setutup2nya sehingga tidak boleh keluar untuk mencari ilmu dan yang 3rd ialah golongan pertengahan yang sederhana dan tiada pakaian seragam. Jadi,pilihlah sendiri kita nak berada di bahagian yang mana..

Lepas tu ditanya komen panel tentang statement “pakai tudung tapi jahat”, komen panel tersebut:
Allah sebenarnya menilai kita dari hati dan amalan. Jadi, tak payah nak judge orang macam tu macam ni sebab hanya Allah je yang tau seseorang tu macam mana...betul tak???

Panel tu kata lagi, syaitan kreatif memperdayakan wanita.. jadi jangan minta seseorang individu itu menjadi terlalu sempurna sebab syaitan akan sentiasa akan cuba menarik kita untuk mengikutinya.dan kita pula janganlah terlalu kreatif juga nak cakap “dia pakai tudung tapi macam tu macam ni”..

Panel tu kata lagi, kalau kita tutup aurat, pakaian akan menjaga kita..
Kalau nak tau betul ke tak, cubalah..

Actually, menurut kata kawan2 saya yang tutup aurat dengan betul, bila mereka nak buat sesuatu perkara mereka akan berfikir samada elok tak mereka melakukan perbuatan sedemikian..satu lagi, bila kita pakai pakaian yang mengikut syariah, orang lelaki pun akan segan nak kacau kita..jadi kita pasti akan berasa selamat..betul tak...?

Last, panel tu kata lagi kita ni jangan terlalu mengikut hawa nafsu..orang tu baru nak buat baik sikit kita dah kutuk2..sepatutnya kalau kawan kita nak berubah jadi baik..nak tutup aurat ikut syariat..bagilah sokongan moral kat dia..jangan nak dengki2, cemburu2 dan cakap kata2 yang menyinggung perasaan dia...yang selebihnya sila rujuk dalam Al-quran surah al-Hujurat dan surah al-Ahzab: 33

Ok..seterunsnya,

Macam mana kita nak mendidik anak perempuan kita supaya jadi anak yang baik??? Ustzh Fatimah syarha said that:
Semuanya bermula daripada macam mana kita nak cari pasangan, kata beliau pilihlah suami yang ‘high class’, kalau setakat cari bakal suami yang baca al-quran merangkak2, tau cakap I Love U and I Miss U je baik tak payah buat suami..then, beliau berkata lagi..kita kena selalu berdoa sebelum kita ada anak lagi..contohnya sebelum suami dan isteri bersama pada malam hari, jangan lupa baca doa..sebab semua tu akan mempengaruhi zuriat yang akan dilahirkan kelak.. ok, bila anak tu dah lahir pula, ibu bapa kena lah jagalidah masing2 daripada berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya..contoh panggil anak kita bodoh,mangkuk,gelas dan sebagainya. Selain tu dia kata bagi anak2 kita the power of praise, bagi kata2 yang baik2 sahaja, sentiasa tersenyum, biasakan anak2 dengan Allah; iaitu dengan mengaitkan kehidupan seharian kita dengan Allah dan tekankan akidah pada anak daripada kecil lagi.

Lepas tu, ni komen panel apabila ditanya tentang peranan pendidik kepada pelajar; ringkasnya panel tu kata guru adalah agen perubah kepada anak bangsa. Semua guru berperanan mengajak anak murid untuk mengingati Allah dan tentang Islam, jangan asyik lempar tugas itu pada ustazah ustaz je..didiklah anak2 murid supaya benci pada maksiat dan mencintai syariat serta guru2 juga perlu menjadi ‘role model’ kepada anak murid masing2. Yelah..tak kan lah kita nak ajar anak murid tapi kita sendiri tak elok..tak minta para cikgu2 jadi sempurna tapi cukuplah baik dalam aspek yang basic tu..

Ok..ni lak kata2 yang saya suka yang saya sempat kutip masa forum tu:

“Kalau kita dahaga  carilah air, kalau kita dahagakan ketenangan carilah syariat”
“Syariat Allah terkandung hikmah yang besar”
“Katakan ya kepada kemodenan, katakan tidak kepada kebaratan, katakan ya kepada silang budaya, katakan tidak kepada serangan budaya”
“Wanita yang baik itu wanita yang tidak dikenali sebagai bermulut celupar dan tidak terpedaya dengan lelaki”

Ok..itu aje..

wassalam

Forum Bersama Muallaf



Assalammualaikum wbt...

Kejadian berlaku pada 10/5/2012

Nak kongsi cerita ni hah..

Aritu gi tengok forum kat BE-Learning, UPSI..
Seronok..

Forum yang mempunyai kelebihan yang sangat banyak kerana melaluinya kita dapat mengetahui kisah2 saudara2 baru kita dengan lebih dekat..
Mendengar kisah mereka dengan lebih detail..
Maklum jelah, sebelum ni dengar2 macam tu je..


o...lupa nak cakap..

moderator forum tu saudara Usamah, panel 1 Heng Tai Gee, panel 2 Ter Boon Heng dan ust. Zulfekar sebagai panel ke 3...

apa yang saya dapat antaranya ialah:
cara mereka mendapat hidayah antaranya dengan cara selalu membuat perbandingan antara agama mereka pada masa itu dengan Islam sehinggalah mereka menyedari hakikat sebenar Islam itu.
cabaran2 mereka termasuklah tentangan daripada keluarga dan kesukaran mereka untuk mendalami ilmu Islam.
Cara2 mereka menuntut ilmu Islam adalah dengan berguru, melalui buku, mencari ilmu di merata tempat dan bertanya kepada ramai orang.

Namun,
Segala ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka mestilah keinginan yang kuat...
Betul tak korang????

Sebagai saudara sesama Islam..
Saya harap mereka dan pada saudara baru di luar sana akan sentiasa tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan sebagai seorang umat Islam..

Moga allah SWT meredhai kita semua, AMIN

Wassalam..

Konvokesyen




Assalammualaikum wbt

Bila baca tajuk di atas, jangan cepat menjangkakan sesuatu pula..

Rileks....

Actually,bukan saya yang konvo..

Begini alkisahnya....

Pada hari konvokesyen kat UPSI baru2 ni, erm...7/5/2012 tak silap, pada belah paginya ada majlis perasmian hari konvokesyen, yang mana ia langsung bersama majlis untuk merai canselor UPSI yang baru dan penyerahan anugerah pendidikan awal kanak-kanak kat Datin Seri Rosmah....

Ok,
Tapi bukan pasal tu yang nak saya kongsi...
Tapi pasal pensyarah2 saya!

Macam biasa la kan setiap kali majlis konvo diadakan, akan ada perarakan akademik kan?

Tulah yang saya Nampak..

The story is...
Bila Nampak je pensyarah2 saya masuk dengan memakai jubah masing2 mengikut kelulusan masing2,

Maka,
Tiba2 sahaja saya pun menjadi “terlebih” bersemangat untuk mencontohi mereka..

Serius!

Seronok tengok mereka pakai jubah yang berbeza2 colour...
Hehehe..

Sir/madam,
Saya pun nak jadi macam kamu!!!

Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku Antarabangsa, Putra, KL



assalammualaikum...


saya nak kongsi cerita tentang hari semalam...


saya dan rakan-rakan pergi ke Pesta Buku Antarabangsa...






pergi ramai2 dengan kak eima, fana, tikah, kak aini, imi dan DK


first...saya ingat mesti best..maklumlah...saya tak pernah pergi pun..


xpdc dimulakan dengan perjalanan yang penuh dengan liku dan ranjau... iaitu daripada KZ ke pekan tanjung malim dengan naik teksi dan dari pekan tanjung malim jalan kaki ke stesen Komuter tanjung malim...


keputusan yang sangat BERNAS daripada kami semua...sila contohinya!


nak semput kami semua nak berjalan kaki tu..dah la tak makan ape2 lagi...kecuali kak aini kot..


turun tren je kat putra kami agak terkial2 sikit sebab tengah tercari2 mana letaknya lokasi pesta buku ni...jalan je terus ke depan ikut orang ramai...masing2 berlagak macam biasa je gi sana...hehehe


bila masuk je tempat tu.....Ya Allah!!!!!
SESAKNYA!!!!


nak pengsan rasa...ramai orang tak terkira..maka....


mulalah pandangan ku berpinar-pinar...tapi ku gagahkan juga kaki untuk terus melangkah...


sepanjang ke sana banyak kali kami terpisah..maklumlah pergi 7 orang..tak sempat nak pandang kawan2...


xpdc kami diteruskan dengan mencari buku psikologi...masing2 mengharapkan harga yang SANGAT murah.. dari satu booth ke satu booth kami lawati..


kecewanya kerana hampir semua buku psikologi dijual dengan harga yang mahal even dah dapat diskaun... padahal buku tu semua nak pakai pada semester yang akan datang..jadi masing2 telan air liur jelah..


pusing punya pusing, akhirnya..alhamdulillah...jumpa juga satu buku psikologi yang murah...rm69.90...tajuk abnormal psikologi.. apa lagi tanpa berfikir panjang saya terus beli..heheh


kawan2 yang lain tak dapat pun,...memang syukurlah sangat2 kalau dapat buku psikologi yang murah..


memandangkan harga buku psikologi semuanya mahal belaka maka kawan2 saya yang tersayang telah mengambil keputusan untuk membeli buku buku motivasi, novel dan komik. tapi yang beli komik ni tikah dan fana jer....(hantu komik)


fana siap amek gambar dengan kartunis bijan lagi...bukan main seronok lagi beliau tunjuk gambar kat saya...eleh!!


habis je sesi membeli buku yang pertama, kami p makan...kebetulan kak aina dah macam nak pengsan dah sebab kelaparan...dah pucat2 dah...jalan siap di papah lak tu...fuh...nasib baik dia tak pengsan..kalau pengsan sapalah nak jawab kat mak ayah dia nanti..hehhe


masa makan memang 'SERONOK' sangat sebab dapat harga yang sangat mahal
"terima kasih, mak cik".


hilang selera nak makan...


lepas makan gi cari buku lagi...tapi bukan buku psikologi tapi buku lain..heheh..kali ni borong buku yang dah lama tapi dijual murah...seronoklah membeli belah..hahah...


lepas tu...xpdc dteruskan dengan berbeli belah di masjid jamek-jln tuanku abd rahman..
bukan sayalah yang berbeli belah...kawan2 saya je...heheh...saya tukang tengok je..


dah puas berjalan, kami pun balik...lalallalaa


akhirnya..daripada xpdc kami tu...


DK adalah orang yang paling banyak berbeli belah...buku2, jubah 2 helai, selendang 4 helai dan apa lagi tah..fana dan tikah beli komik dan buku lain,..kak eima buku dan beg, imi dan kak aini beli buku dan jubah dan saya beli buku je.


terima kasih kawan2 kerana sudi berjalan2 dengan saya ;-)
ampun maaf dipinta untuk setiap kesalahan...


wassalam



Friday, May 4, 2012

saya dan present


assalammualaikum...

tadi petang (dah jadi semalam) kami preesent dalam kelas hubungan etnik... sebelum present planning bukan

main cantik lagi... tapi sampai depan blur...

hahhah

saya memang suka macam tu...

asek tersasul jer..nasib baik cikgu tak ngamuk..

terima kasih cikgu...



blog blog blog



assalammualaikum wbt...

hari ni saya update template blog saya..macam2 benda saya godek..last nak masuk muzik tp ape tah masalahnya tapi tak dapat....

erm...jd letih lak nk mbuatnye...

malam kemarin bukan men semangat lagi nak cantik2 kn blog.

nak letak macam2 konon..

last2 yang ada sekarang ni juga jadi pujaan hati...jadi layan jela ye...

credit to fana n tikah sebab ajar saya malam kemarin...

tayang2 korang..

lupssssssssss muah!!



Wednesday, May 2, 2012

Tips mengatasi Insomnia




Berikut ini beberapa saranan yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan rahsia tidur yang sempurna:

1. Cubalah untuk tetap mengamalkan rutin anda. Tidur dan bangunlah pada waktu yang sama setiap hari. Tidak kira sama ada anda penat atau tidak.

2. Hiasilah bilik anda senyaman mungkin. Jangan terlalu semak atau bersepah.

3. Uasahakan untuk berolahraga setiap hari, tidak semestinya lama, yang penting teratur. Misalnya berenang atay hanya berjalan kaki.

4. Hindari minum teh atau kopi sebelum tidur. Anda boleh menggantinya dengan segelas susu panas.

5. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur.

6. Lakukan senaman merehatkan diri sebelum tidur, seperti: Yoga, Mandi air panas dengan minyak aromatherapi atau mendengar alunan muzik.

7. Jika anda tetap tidak boleh tidur, jangan hanya berbaring dan memikirkan kenapa, bangunlah dan lakukan perkara perkara yang rileks seperti membaca ataupun menonton tv.



Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/09/petua-mengatasi-insomnia-susah-tidur.html#ixzz1tf60EyAR

saya dan kawan2



assalammualaikum...




saya nak cerita jap sal kwn2 saya yang agak 'gila-gila'


hehehe


tapi dorang baik tau...


oya...saya maksudkan kawan2 saya kat upsi tau..




1st kak eima yang tersayangs....yang sentiasa memahami ku


2 kak yan... kawan yang sporting sangat..heheheh


3 tikah...saya suka cara dia bgurau dengan saya...selalu buat saya tergelak


4 fana yang comey..


hari2 saya gkelas dengan dorang dan hari2 jugala dorang tolong bawa marry n botol air saya ke hulu ke hilir..


tu je nak gitau...sekian terima kasih...

kajian lapangan


assalammualaikum....


saya nak cerita ni hah...


29/4/2012, ahad lepas saya n kawan2 ISM Psikologi, telah melaksanakan kajian lapangan di Muzium Perak, Taiping dan Muzium Ngah Ibrahim, Matang....


best tau...


macam2 benda kami dapat...


*sy xde dlm gmbr...hehehe


ilmu dan pengalaman...


selain itu, kerjasama dan ukhuwah yang semakin erat..hehehhe...


meskipun pada asalnya program ini ada sedikit halangan... namun berkat kasih sayang Allah, Dia permudahkan juga perjalanan program kami ini....


alhamdulillah...


walaupun dalam kelas tu kami budak2 psikoloi senyap je...


tapi alhamdulillah dengan senyap jugalah kami telah menjadi kumpulan yang pertama melaksanakan program yang diberikan oleh lecturer TITAS...


harapan saya... moga usaha ini semakin berganda untuk program2 yang akan datang..


;-)

pegi kuliah


assalammualaikum....


nak cerita sal benda2 yang saya selalu bawa ke kelas sekarang ni...


hehehe...


pertama beg warne hijau saya yang tersayang


sejak saya beli beg tu saya asek nak pakai je ke mana-mana sehinggalah sekarang die talah pun menunjukkan ciri nak mengeluarkan benang-benangnya di tempat2 yang tertentu...


kedua payung ku yang berwarna merah yang bernama marry


*ni bukan marry tp hiasan semata-mata


marry sangat berguna kepada saya dan dia membuatkan saya menjadi sangat manja..


panas sikit je nak pakai marry...asyik macam tu jelah...


ketiga botol air saya yang berwarna pink tapi takde nama


botol air saya ni sangat pemurah kerana dia sering mamberi minumkepada kawan-kawan saya...


keempat..kadang jelah...saya bawa fail...


cuba bayangkan...badan saya yang kecil ni membawa beg, payung, botol air n fail....


tak cukup tangan kan???


tapi alhamdulillah kerana saya telah dikurniakan kawan-kawan yang sangat prihatin kerana mereka selalu membantu meringankan beban saya


terima kasih kawan! ;-)

drop subjact


assalammualaikum...


tajuk di atas adalah mengisahkan tentang saya dan kawan-kawan tersayangsss....


seminggu lepas naik cuti midsem..


kami digemparkan dengan berita bahawa subjact yang kami add as elective subjact kene drop sebab tu subjact pendidikan....


lalu kami berlima (kak eima, kak yan, tikah, fana n saya) bersedih tanpa bertanyakan kesahihan perkara itu...


tapi masa tu pun dah hari jumaat n pejabat pun dah tutup...tak pe la...


tapi sikap sedih terus tu tindakan yang tidak bijak langsung kan???


hahhaa


tapi serius..masa tu memang sedih sangat...yelah kiteorang dah study subjact tu sampai pertengahan sem dah kot...mestilah sedih...






masa tu semua tugasan yang berkaitan dengan subjek tu kiteorang mogok tak nak buat...


nak tunggu g akademik dulu..nak tanya itu ini..


ok...ari senin kami g tanya...


lambat juga kerani tu bagi jawapan...sampai kembang2 leher saya nak muntah sebab kebuluran..maklumla g pejabat akademik awal2 pagi..tapi saya redha je masa tu...demi subjact pembangunan sahsiah...


so...the answer is...


kami boleh go on je dengan subjact tu


alhamdulillah


horeyyyy...sukasukasuka...


namun demikian akibatnya.


kami terpaksa bersengkang mata buat kerja2 yang diberikan oleh lecturer subjact berkenaan..


maklumlah masa tu esoknya nak present...hahah


dah tu kak eima, tikah n fana plak esoknya ada midterm intro psycho lak... terpaksalah saya n kak yan bertungkus lumus menamatkan tugasan yang masih berbaki itu...


alhamdulillah...esoknya kami telah berjaya mem'present' tugasan kami dengan baik...


hehhee


wassalam...

buku rujukan


assalammualaikum........



*bukan buku saya tau...

kalau korang tengok tajuk kat atas tu korag mesti fikir saya kuat belajar kan? kan? kan?

tapi jangan tertipu..

sebenarnya..... saya nak gtau yang saya kecewa sebab saya tidak pernah baca buku rujukan saya...!!!

teruk kn?

nape tah..

bukan tak nak baca tau...tapi asek takde masa je...masa pun asek takde untuk saya...

jadi, saya kah yang bersalah dalam hal ini???

tidaaaaaaaaaaaak....(tak nak ngaku)


selalu lupa

assalammualaikum...


saya nak kongsi tentang sikapku yang mudah lupa...


tak tau la mana silapnya... samada saya punya short n long term memory elok ke tak tapi tahap kelupaan saya memang di tahap boleh dapat anugerah manusia paling cepat lupa....


orang cakap sikit2 lupa ni maksudnya nyanyukkkkkkk..


eh...tak kan la saya nyanyuk pula..........????????








bukti kelupaan ku seperti berikut: (macam tulis asgment pla)...


1. selalu lupa bawa hp ke mana-mana
2. bila bawa hp ke mana-mana pula, mula la saya tinggalkannya di mana-mana!!!


(latest saya tinggalkan hp saya dalam tandas KFC)
tahniah bt saya...syukur jumpa balik...kesian kak nurul terpaksa patah balik ke KFC semata-mata nak ambil hp saya yang telah menjadi yatim ketika itu....sory kak..;-)


3. selalu lupa buat tugasan
4. suka tinggalkan dompet kat mana2 agar ianya dicuri orang...macam anak richest man in the world kan....
5. selalu buat2 lupa kalau ada perjumpaan....hehheheheh




n banyak lagi...agaknya condition saya ni terbalik kot...masa muda2 cepat lupa...masa tua tak kot...


kalau gitu bek saya extend study kt U ni...tua nanti baru saya sambung study...


BOLEH TAK DEKAN????

Kisah saya dan assignment

assalammualaikum wbt...


sebenarnya ni cerita awal bulan lagi tapi saja nak cerita kat sini...hehehe


alkisah.....


lecturer subjek TITAS dah terima tajuk yang saya syorkan.... maka saya pun dengan semangat superwoman telah berusaha menyiapkan assignment tersebut dengan membuta tulinya... bak kata pepatah merepek yang saya cipta baru kejap ni "tidur ku tak nak, makan ku tak ingin"......


akhirnya.....


tada!!!!...siap juga assignment ku akhirnya......




yesyesyes!!!!!!!


jumaat masa  kelas TITAS......


sahabatku yang memegang watak untuk meretakkan hatiku pada petang yang indah itu berkata


"wei...ko dah tanya betul2 tak en. fadzil x sal tajuk ko?"


saya jwb..
"dah la...die kate ok jer...dah siap pun"


die kate lg
"bek ko g tye..."


sya...
"ok la"


lalu saya ke depan dan berkata
"en. fadzil, bla bla bla bla bla......."


en. fadzil
"bla...bla..bla....bla..."


lame gak bla bla bla kteorang....




akhirnya....hatiku retak berderai bagaikan kaca!!!!!


baginda telah bertitah kepadaku supaya tukar tajuk len kerana baginda nak tajuk yang jarang student die bt......!!!!!!


ok fine....
hasilnya...mmg sangat jarang orang buat tajuk yang saya dapat...


iaitu


"kesan kedatangan Islam ke negeri sabah"


die nak 30 m/s!


ya Allah, saya nk bebelkan ape kalau hanya nak cerita pasal kesan?????????????????


macam2 saya cuba fikirkan untuk menjayakan assignment saya..hehehhe


akhirnya...


g lbry upsi...cari cari cari...alamak xde...


g lbry negara...ok saya nak mention...


"saya buat assignment tu sampai g PERPUSTAKAAN NEGARAAAAAAA OK..."


betapa payahnya saya nak cari bahannya!!!
kalau tak percaya korang cuba cari buku yang berkaitan dengan tajuk saya kat atas tu.... banyak tak????


ok...diteruskan kisah.....


guling sana guling sini (atas tilam ok) , fikir itu fikir ini, godek sana godek sni....
 TAIP TAIP TAIP
EDIT EDIT EDIT


yah!!!
akhirnya siap juga!!!!


31 m/s


ok la tu...
tp orang lain bt smpai 40 m/s..




gulp!!


hehhe...


buat tak tau sudah...


hehheheh...




jangan contohi sikap saya...


wassalam...



Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin