BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, July 18, 2009

Wanita Dalam Neraka



Ketika Rasulullah dalam perjalan Isra’ dan Mi’raj, baginda telah melihat beberapa perkara. Diriwayatkan oleh Saidina Ali Karamullahu wajhah:

Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah S.A.W, kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:” Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:” Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.”

“ Aku lihat perempuan yang memakan badanya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan badannya seperti anjing, kala dan ular masuk ke dalam kemaluannya, atau mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka.”

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahandanya:” Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”

Rasulullah menjawab:”Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu, ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrim.”

“Perempuan yang lidahnya tergantung itu, ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.”

“Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu, ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak meminta keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.”

“Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.”

“Perempuan yang memotong badannya sendiri itu dengan gunting neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain.”

“Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang, juga tidak mahu mandi janabah (junub).”

“Perempuan yang kepalanya itu seperti kepala babi dan badannya berupa badan keldai, ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.”

“Perempuan yang seperti anjing itu, adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.”

Wallahhuallam...

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin