BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, July 18, 2009

Tabarruj



Mungkin ramai yang tidak mengerti apa itu Tabarruj. Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al-Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata: “ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Untuk menjaga masyarakat daripada pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang perkara buruk, maka dengan dengan demikian, Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi baligh dari bermake-up ( tabarruj ) berlebihan.

Firman Allah S.W.T:

“ Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampankkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali pada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau kepada putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka , atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah kamu menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung,”

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dalam firmanNya yang bermakksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” Bukan terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala dan bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukanlah daripada seorang yang menghormati suruhan Allah S.W.T.

Pengertian perhiasan bukan hanya tertentu kepada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan itu juga dinamakan TABARRUJ.

Ada di kalangan wanita yang bertudung yang membiarkan rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andai angin bayu bertiup lalu rambut itu akan terlambai-lambai mengikut arus bayu. Ada juga yang memakai tudung tetapi pakaiannya ketat, singkat dan nipis, baju yang berlengan pendek yang apabila tangannya diangkat maka terlihatlah ‘aurat bahagian dalamnya. Lebih-lebih lagi di zaman yang serba moden ini, terdapat berbagai-bagai jenis pakaian yang ada di pasaran, tinggal terpulang dengan kita sama ada nak atau tak nak.

Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifar sederhana di luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima banyak teguran kerana bukan mudah melayan selera orang ramai yang memerhatikan kita di luar rumah tetapi suami di rumah lagi mudah dilayan.

Oleh itu, salah satu cara membendung keruntuhan akhlak di zaman in ialah penerapan nilai-nilai agama daripada pendidik. Agama islam terang-terang menegaskan setiap insan di muka bumi ini mempunyai tugas masing-masing. Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya, suami berkewajipan terhadap isterinya, pemerintah berhak terhadap rakyat jelata dan sebagainya. Sekiranya setiap orang di atas memainkan peranan dengan betul dan bersungguh-sungguh terhadap orang tanggungannya, InsyaAllah..perkara ini dapat dibendung.

Rujukan: Bersolek ( Tabarruj ) oleh Hajjah Ni’mat Sidqi

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin