BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Monday, July 20, 2009

Malu


Malu menurut bahasa adalah perubahan, kehancuran perasaan atau duka cita yang terjadi pada jiwa manusia kerana takut dicela. Adapun asal kata malu berasal dari kata ‘hidup’, juga berasal dari kata ‘air hujan’. Oleh sebab itulah malu dikatakan air muka.Malu dari segi istilah adalah akhlak yang sesuai dengan sunnah, yang membangkitkan fikiran untuk meninggalkan perkara yang jelek, sehingga akan menjauhkan manusia daripada kemalasan untuk menjalankan hak Allah (beribada).
Ketahuilah wahai hamba yang memiliki rasa malu, sesungguhnya orang yang selalu menaruh perhatian terhadap sifat malunya, maka motif kebaikan ada dalam dirinya. Sebagaimana orang yang tidak punya rasa malu, jika ia terus menerus dalam kekejian, maka motif kebaikan itu sirna dari dalam dirinya dan digantikan oleh pancaran kejahatan.
Hal yang demikian itu kerana malu yang membatasi antara hamba dan semua larangan atau kemiskinan. Maka dengan kuatnya rasa malu, melemahkan kecenderungan seseorang untuk terjerumus dalam kemaksiatan. Sebaliknya dengan lemahnya rasa malu makin kuatlah keinginan seseorang itu untuk melakukan kemaksiatan.
Oleh sebab itu, barangsiapa yang menjaga rasa malunya, terjagalah kehormatan, terkuburlah kejelekannya dan tersebarlah kebaikannya. Sedangkan siapa yang hilang rasa malunya, maka hinalah ia di hadapan Allah, di hadapan manusia dan di hadapan dirinya sendiri.
Terdapat tiga jenis malu yang pertama malu kepada Allah iaitu jalan untuk menegakkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala bentuk kemaksiatan. Kerana itulah maka dikatakan malu itu sebahagian daripada iman. Malu kepada manusia adalah malunya sebahagian yang lain, sebagaimana malunya anak kepada orang tuanya, isteri kepada suaminya, orang bodoh kepada orang pandai, anak kecil kepada orang besar serta malunya anak gadis untuk terang terangan menyatakan ingin menikah. Akhirnya sekali malunya seseorang terhadap dirinya sendiri. Ini adalah malu yang dirasakan oleh jiwa yang terhormat, tinggi dan mulia, sehingga ia tidak puas dengan kekurangan, kerendahan dan kehinaan. Malu inilah yang paling sempurna, kerana jika kepada dirinya sahaja sudah sedemikian, apalagilah kepada yang lain.
Wallahuallam...

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin