BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Tuesday, October 4, 2011

Zina : Definisi, Punca, Hukum, Kesan, Cara Mengatasi & Saranan Saya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? harap moleklah semuanya... tadi ada tengok berita Tv3 tak? apa berita yang paling menarik perhatian? part politik? sukan? ekonomi? kalau saya, saya tertarik dengan dengan berita mengenai bayi yang baru dilahirkan yang telah di lempar ke bawah bangunan daripada tingkat dua.. kesian.. Innalillah.. Menurut laporan, si pelakunya ialah wanita berusia 19 tahun.... wallahuallam...

Saya tak nak la fokus dengan kes seorang wanita ini sahaja kerana bukan dia seorang je yang berbuat demikian. Kadang-kadang dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak2 tidak berayah ini, tak semuanya salah mereka..  mungkin ada yang telah menjadi mangsa. Jadi kita janganlah judge mereka sembarangan ye. Tetapi kepada mereka yang memang sengaja berzina tu memang salahlah... kemudian lagi la salah kalau bayi yang tidak berdosa itu dibuang macam tu je.

DEFINISI ZINA
Sebelum merepek lebih jauh, teringin rasanya saya hendak berkongsi dengan kalian tentang definisi zina itu. Zina menurut bahasa Arab (الزناء‎) adalah bila dua orang individu yang bukan suami isteri, melakukan hubungan seks (berjimak) yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.

Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Zina)

PUNCA BERLAKUNYA ZINA
Kalau nak diceritakan apa punca berlakunya zina ni rasanya berjilid-jilid kitab panjangnya pun belum tentu dapat menyedarkan saudara-saudara kita di luar sana. Kenapa? kerana mereka hanya sekadar mengambil tahu sahaja tentang perkara ini namun tidak berusaha pun untuk menjauhinya. Namun sebagai sesama manusia, tugas kita untuk saling tegur-menegur perlu diteruskan.

Terdapat banyak sebab mengapa saudara-saudara kita sering terjebak dengan zina. Secara ringkas, antaranya:
1) Kurang penekanan dan pemahaman tentang hukum-hakam agama. Mereka mengambil lewa sahaja tentang larangan agama. Mungkin mereka terlupa bahawa bila-bila masa sahaja nyawa akan terpisah dari tubuh. Katanya "rileksla, lama lagi aku mati.. nanti dah tua aku taubatlah.."
2) Kurangnya pemantauan daripada keluarga. Anak-anak bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan yang sepatutnya. Institusi keluarga yang lemah membuatkan ahli-ahlinya masing-masing membawa diri..kononnya "aku aku, kau kau".
3) Gaya hidup yang gemar meniru cara kehidupan orang barat atau kehidupan orang yang melakukan zina yang lain. Mungkin mereka berfikir bila zaman dah semakin moden ni kehidupan juga kena lebih advance. Jangan kolot ikut cara lama je. Kena update konon. Trademark nye "barulah ada style beb!".
4) Masyarakat sekeliling tidak mengamalkan sikap saling tegur-menegur. Mungkin ada yang menegur tapi tidak dengan cara yang berhikmah atau tegas. Sejujurnya, terdapat ramai saudara-saudara kita yang terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat yang akhirnya membawa kepada berlakunya zina. Ada juga mak cik-mak cik yang baik hati nak tegur tapi tak sampai hati konon. Jadi dorang borak jelah sesama mereka kat tepi pagar..."kau tau Jah..anak peah tu tiap2 malam pegi kelab. mak nye tak tau pun...".
5) Penyalahgunaan teknologi terkini. Kepantasan media massa bercetak atau tak bercetak menyebarkan pelbagai majalah dan laman web yang tidak sepatutnya, lambakan filem-filem berbentuk seksual, handphone yang boleh merakam pelbagai aksi di mana sahaja dan banyak lagi sememangnya sangat sukar dibendung. Cuma terpulang kepada kita sendiri berfikir mana baik dan buruk setiap tindakan yang kita ambil. Sebab tu manusia secara istimewanya telah dikurniakan akal fikiran.

Itu jelah yang dapat saya kongsikan mengenai punca berlakunya zina. Kalau nak tau lebih lanjut, sila lah rujuk mana-mana web atau blog..;-)

HUKUM BERZINA
Cerita pasal hukum ni saya tak beranilah nak typing macam buat karangan kan...jadi saya copy and paste la maklumatnya daripada http://www.abuanasmadani.com/?p=793. Kalau maklumat saya tak lengkap sangat terus je baca kat link ni. Manala tau ada yang saya terlupa copy and terlupa paste. Jadi menurutnya:

1) Zina Adalah Satu Dosa Besar:
Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT:

{ وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا }


Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)”. [Al-Israa: 32]


Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.


2) Dicabut Iman darinya:

عن أَبَي هُرَيْرَةَ قَالَ
((إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الإِيمَانُ كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّلَّةِ، فَإِذَا انْقَطَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الإِيمَانُ))


Maksudnya: “Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” [HR: Abu Daud: No. 4690, melalui Abu Hurairah “Sahih”]


Berkata Ibnu Abbas ra: “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina”. [Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59]


Sabda Nabi SAW.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ : ((لا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ)) رواه البخاري.


Maksudnya: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Telah bersabda Nabi SAW, “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang ramai) melihat kepadanya dengan mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika dia seorang mukmin”. [HR: Al-Bukhari no. 2475 dan Muslim]


Maksud dari hadis yang mulia ini ialah:
Pertama: Bahawa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya.
Kedua: Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah kesempurnaan iman dari dirinya”. [Lihat syarah hadis ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah Muslim Juz.2 m/s: 41-45, Imam An-Nawawi]


Di antara sifat “Ibaadur Rahman” [Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68] ialah: ‘Tidak berzina’. Maka apabila seorang itu melakukan zina, nescaya hilanglah sifat-sifat mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya.


3) Jenayah zina orang tua / sudah berkahwin:
Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang sudah tua, maka dosanya akan lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia SAW.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((ثَلاثَةٌ لا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلا يُزَكِّيهِمْ. قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ: وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: شَيْخٌ زَانٍ، وَمَلِكٌ كَذَّابٌ، وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ)) رواه مسلم.


Maksudnya: “Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, iaitu; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [HR: Muslim]


Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah bernikah atau pernah merasakan nikah yang sah, baik sekarang ini sebagai suami atau isteri atau duda atau janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal dengan perbuatan mereka, iaitu dirotan sebanyak seratus kali kemudian direjam sampai mati atau cukup direjam saja.


Adapun bagi lelaki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya dirotan seratus kali kemudian diasingkan (dibuang daerah) selama satu tahun.


Peringkat Dosa Besar Zina;
Dengan melihat kepada perbezaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan berbeza juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa dilakukannya.

4) Zina dengan saudara / jiran:

الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ يَقُولُ: قَالَ لأَصْحَابِهِ: مَا تَقُولُونَ فِي الزِّنَا؟ قَالُوا: حَرَّمَهُ اللهُ وَرَسُولُهُ، فَهُوَ حَرَامٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ لأَصْحَابِهِ: ((لأَنْ يَزْنِيَ الرَّجُلُ بِعَشْرَةِ نِسْوَةٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَزْنِيَ بِامْرَأَةِ جَارِهِ)) قَالَ: فَقَالَ مَا تَقُولُونَ فِي السَّرِقَةِ؟ قَالُوا: حَرَّمَهَا اللهُ وَرَسُولُهُ فَهِيَ حَرَامٌ. قَالَ: ((لأَنْ يَسْرِقَ الرَّجُلُ مِنْ عَشْرَةِ أَبْيَاتٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَسْرِقَ مِنْ جَارِهِ)) مسند أحمد، صحيح الجامع.


Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu berzina dengan isteri jirannya, masuklah dia ke dalam sebesar-besar dosa besar. Lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, anak sendiri, anak saudara, ibu saudara dan lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. [Lihat: Tafsir Ibnu Katsir surah An-Nisaa ayat 22]

Wallhuallam...

KESAN ZINA
Pertama sekali sudah tentulah kesannya kepada diri si pelakunya kan. 
1) Pelaku zina
Pastinya si pelakunya tidak akan tenang selamanya selepas melakukan zina. Itu kesan kepada rohaninya. Perasaan bersalah dan berdosa pasti akan mendampinginya sepanjang hayat. Hanya taubat ubatnya. Kesannya kepada jasmaninya ialah pelaku berisiko mendapat pelbagai penyakit yang merbahaya seperti:
1. HIV/Aids: Ia adalah satu penyakit yang melemahkan daya ketahanan (antibodi) tubuh badan dalam melawan jangkitan kuman serta menyebabkan penyakit kronik yang membawa maut kepada penghidapnya. Ianya berpindah melalui penzinaan, dari lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Sehingga ke hari ini ubat untuk penyakit ini masih dalam kajian.

2. Sifilis: Ia adalah sejenis bakteria yang menjangkiti anggota kelamin dan anggota-anggota lain bagi kaum lelaki dan wanita. Ia akan merebak menjadi penyakit kulit pada seluruh badan. Ia juga boleh menyerang anggota saraf dan saluran darah ke otak .


3. Gonorrhoea: Penyakit ini akan menyebabkan anggota kelamin mengeluarkan cecair bernanah akibat jangkitan kuman terhadap anggota kelamin lelaki dan juga wanita. Jika berpanjangan ia akan menumbuhkan bisul (ulcers tumours) dan pengeluaran nanah yang boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan wanita.Beberapa penyakit lain yang masyhur akibat hubungan seks dan menular melaluinya: Herpes Genital, jangkitan seumur hidup yang menyebabkan melecet-luka pada alat kelamin yang biasanya hilang dan muncul semula. Kutil di kelamin (Genital wart), Hepatitis B, Kanser prostat, Kanser Serviks (leher rahim) dan sebagainya.

Sangat penting mengetahui bahawa hubungan seksual bukan hanya sekadar hubungan intim. Hubungi seksual seperti ciuman, oral seks, melalui dubur dan penggunaan alat bantu seks seperti vibrator juga berisiko menyebarkan virus. Disebabkan pelbagai implikasi buruk, berbagai-bagai penyakit dan juga bencana-bencana ini, maka Allah swt telah mengharamkan amalan ini sebagai suatu rahmat dan hidayah petunjuk kepada manusia untuk melalui jalan-jalan kebaikan, sumber kejayaan dan keselamatan terhadap agama, masyarakat, diri dan tubuh badan.(http://www.abuanasmadani.com/?p=793)

2) Bayi (Sekiranya ada)
Bersyukur ke hadrat Illahi sekiranya bayi yang dikandungkan itu dijaga dengan baik sama seperti bayi-bayi yang lain. Namun, bagaimana pula nasib bayi yang tidak berdosa itu yang tidak diterima oleh ibunya? dibuang? dibunuh?

3) Keluarga, Masyarakat, Agama, Negara
Keluarga terpaksa menanggung malu akibat daripada perbuatan pelaku.
Masyarakat setempat mungkin ada yang tak kisah tapi mungkin ada yang mencemuh.
Agama turut mendapat tempias.
Negara pun tanggung malu jika jumlah wanita hamil tanpa nikah dan jumlah bayi tanpa ayah semakin meningkat saban tahun.

CARA MENGATASI GEJALA ZINA
Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, iaitu:

i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali ra, berkata:

عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ؟ فَقَالَ: ((اصْرِفْ بَصَرَكَ)).

“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” [HR Abu Daud: Sahih].

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ : ((لا تُتْبِعْ النَّظَرَ النَّظَرَ؛ فَإِنَّ الأُولَى لَكَ وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيرَةُ)) رواه أحمد

Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib RA: “Wahai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.” [HR Ahmad].

ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan Syara’. Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

((قَالَ لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ)) رواه الترمذي “صحيح”.

Maksudnya: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.” [HR al-Tirmizi “Sahih”]

iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak Syara’, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda:

((مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ)) رواه البخاري.

Maksudnya: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.” [HR al-Bukhari dan Muslim).

iv. Banyak berdoa kepada Allah SWT.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَدْعُو وَيَقُولُ: ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ)) رواه البخاري.

Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini. Janganlah sekali-sekali mendekati zina walaupun unsur-unsurnya yang kecil sekalipun, dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat.

v. Berkahwin.
Firman Allah SWT:

 وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (النور: 32).

Maksudnya: {Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.} [An-Nur: 32]
Sabda Rasulullah saw:

«النكاح من سنتي، فمن لم يعمل بسنتي فليس مني، وتزوَّجوا فإني مكاثر بكم الأمم،
ومن كان ذا طول فلينكح، ومن لم يجد فعليه بالصِّيام، فإن الصَّوم له وجاء».

Maksudnya: “Perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Berkahwinlah! Kerana melalui kamu bilangan umatku mengatasi bilangan umat yang lain. Sesiapa yang mampu hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat mengawal hawa nafsunya.” [HR: Ibnu Majah No. 1846, Sahih Al-Jami’ No. 6807 “Sahih”].


SARANAN SAYA
Kepada saudara sekalian diluar sana, berhentilah daripada melakukan zina. Ianya HARAM. Halalkanlh ia dengan nikah. Pilihlah calon yang terbaik buat diri kalian. Binalah keluarga yang aman dan bahagia. Sekira kalian memiliki anak tanpa ayah, peliharalah ia sebaiknya. Dia tak bersalah. Jangan dibuang. Jika tak mampu untuk berbuat demikian, berilah ia kepada mana-mana pasangan yang boleh memberinya kasih sayang dan kehidupan yang selayaknya. Namanya ingin membuang anak tersebut jangan sesekali. Berilah ia peluang untuk hidup melihat bumi ciptaan Allah ini.. :-).. Kepada kalian yang pernah tersilap, teruskan hidup dengan gaya hidup baru yang mengikut syariat-Nya.. Kepada kaum adam, mainkanlah peranan kalian terhadap wanita iaitu menjadi pelindung, bukannya jadi perosak...

Wallahuallam... ;-)


0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin