BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Wednesday, September 21, 2011

Seandainya aku ada mak...

Seandainya aku ada mak, 
aku nak selalu duduk dengan mak aku... 
minta dia masak makanan yang sedap-sedap,
dan tidur sebelah dia.. 
seandainya aku ada mak, 
aku nak selalu tolong-tolong dia...
supaya dia tak penat,
seandainya aku ada mak,
aku nak selalu dengar nasihat dia...
supaya dia tenang dan tidak terguris,
seandainya aku ada mak,
aku sentiasa nak buat yang terbaik  dalam hidup aku,
paling penting...
aku akan berusaha tunaikan semua harapannya,
seandainya aku pernah jumpa dan kenal mak aku..
aku nak sayang-sayang dan cium dahi dia selalu..
tapi sekarang,
aku hanya mampu mengirimkan doa yang ikhlas
buatnya di alam sana...




p/s: so,buat anda yang ada mak...sayangi dan hargailah mak anda selalu..kerana ia milik Allah yang bila2 masa akan diambil semula ;-)





0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin