BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, April 2, 2011

Today, 2 April 2011

Meskipun hari ini adalah hari bermakna buat ku, namun rumsis lah yang menjadi pujaan hati ku..maksudnya saya duduk rumsis jelah hari ni..petang baru keluar ke pekan Masjid Tanah..macam-macam di fikirkan. Tidak lama lagi pembentangan Kertas projek akan berlangsung, debaran semakin terasa..setiap hari hati berasa risau sahaja..maklum jelah masing-masing takut disoal panel sampai tidak boleh menjawab soalan..huhu..kertas projek sudah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tidak tahulah mana lagi silapnya. Di samping merasai debaran untuk membentangkan kertas projek, pada masa yang sama hati berasa semakin gembira lantaran tidak lama lagi kami semua akan menamatkan zaman diploma ini. jika difikirkan memang terasa sedih untuk meninggalkan KUIM dan rakan-rakan yang ada di sini yang sememangnya telah menaburkan seribu satu kenangan yang terindah dalam tempoh tiga tahun menuntut di KUIM ini. Namun, semua itu tinggal kenangan yang tidak mungkin boleh di ulang. Saya akan meneruskan perjalanan hidup saya tanpa berpatah balik atau menoleh ke belakang..

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin