BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Monday, April 2, 2012

Akhirat semakin menghampiri ku

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah...

Sekali lagi Allah melanjutkan usiaku, hari ni genaplah usia ku yang ke 22 tahun.. syukur sangat2 kerana Allah masih memberi peluang kepada ku untuk menghirup udara yang segar, menjalani kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini dan dikelilingi oleh insan2 yang aku sayangi. Alhamdulillah!

Namun apa makna hari lahir itu?
adakah hanya sekadar peningkatan usia atau masa menerima hadiah dan ucapan atau pintu kebebasan kepada seseorang?
sesungguhnya, semakin meningkat usia kita maka semakin dekatlah akhirat dengan kita.. sehubungan dengan itu sepatutnya semakin meningkatlah amal kita dan kurangkan kelalaian..

Namun demikian, di manakah letaknya aku??
Pada amal yang banyak?
atau pada 'selalu lalai'?

ingin ku renung kembali.. apa yang telah aku usahakan selama 22 tahun aku hidup?.. apa yang aku telah kerjakan?
sungguh, aku bukanlah seorang insan yang mulia... malah jauh sekali..

mahu berubah?
sudah tentu aku ingin berubah kepada yang lebih baik!
namun keadaan dunia sering buat aku terlalai.. salah dunia???
tidak...tapi itu salah aku...

Sungguh!
banyak perkara yang telah aku lalaikan dalam hidup aku!
seronok sangat dengan kehidupan dunia, aku tertipu..
aku tertipu? tidaklah.. tapi aku sendiri biar diriku tertipu...

Ya Allah,
jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah...
Amin.....

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin