BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Wednesday, July 22, 2009

Astaghfirullah al'azim...



Semalam saya pegi buat blog dekat Masjid Tanah..macam-macam dugaan yang saya alami masa di sana..ada kejadian yang saya ingat ja..pas kuar cc, saya n kwn2 pegi makan dekat kedai makan Che Man. kami letak motor seberang jalan kedai makan tu.masa kami mau balik sudah tu,saya tengok teda kenderaan pun yang melalui jalan tu..jadi saya pun jalanlah tunduk2...tanpa memandang ke arah lain pun.tengah-tengah jalan tu,tiba2 ja ada motor melintas di sebelah saya..betul-betul dekat dengan tepi badan saya..laju pula tu..Ya Allah..motor tu hampir-hampir melanggar saya..penunggang motor tu pun langsung nda bagi respon atas apa yang terjadi.dia jalan terus ja.masa tu saya terkejut dan terpaku seketika..macam nda percaya dengan apa yang baru berlaku tadi.ada beberapa orang yang nampak kejadian tu pun menjerit panik..Syukur..Allah masih bagi saya peluang untuk hidup..alhamdulillah..

Monday, July 20, 2009

Malu


Malu menurut bahasa adalah perubahan, kehancuran perasaan atau duka cita yang terjadi pada jiwa manusia kerana takut dicela. Adapun asal kata malu berasal dari kata ‘hidup’, juga berasal dari kata ‘air hujan’. Oleh sebab itulah malu dikatakan air muka.Malu dari segi istilah adalah akhlak yang sesuai dengan sunnah, yang membangkitkan fikiran untuk meninggalkan perkara yang jelek, sehingga akan menjauhkan manusia daripada kemalasan untuk menjalankan hak Allah (beribada).
Ketahuilah wahai hamba yang memiliki rasa malu, sesungguhnya orang yang selalu menaruh perhatian terhadap sifat malunya, maka motif kebaikan ada dalam dirinya. Sebagaimana orang yang tidak punya rasa malu, jika ia terus menerus dalam kekejian, maka motif kebaikan itu sirna dari dalam dirinya dan digantikan oleh pancaran kejahatan.
Hal yang demikian itu kerana malu yang membatasi antara hamba dan semua larangan atau kemiskinan. Maka dengan kuatnya rasa malu, melemahkan kecenderungan seseorang untuk terjerumus dalam kemaksiatan. Sebaliknya dengan lemahnya rasa malu makin kuatlah keinginan seseorang itu untuk melakukan kemaksiatan.
Oleh sebab itu, barangsiapa yang menjaga rasa malunya, terjagalah kehormatan, terkuburlah kejelekannya dan tersebarlah kebaikannya. Sedangkan siapa yang hilang rasa malunya, maka hinalah ia di hadapan Allah, di hadapan manusia dan di hadapan dirinya sendiri.
Terdapat tiga jenis malu yang pertama malu kepada Allah iaitu jalan untuk menegakkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala bentuk kemaksiatan. Kerana itulah maka dikatakan malu itu sebahagian daripada iman. Malu kepada manusia adalah malunya sebahagian yang lain, sebagaimana malunya anak kepada orang tuanya, isteri kepada suaminya, orang bodoh kepada orang pandai, anak kecil kepada orang besar serta malunya anak gadis untuk terang terangan menyatakan ingin menikah. Akhirnya sekali malunya seseorang terhadap dirinya sendiri. Ini adalah malu yang dirasakan oleh jiwa yang terhormat, tinggi dan mulia, sehingga ia tidak puas dengan kekurangan, kerendahan dan kehinaan. Malu inilah yang paling sempurna, kerana jika kepada dirinya sahaja sudah sedemikian, apalagilah kepada yang lain.
Wallahuallam...

Saturday, July 18, 2009

Wanita Dalam Neraka



Ketika Rasulullah dalam perjalan Isra’ dan Mi’raj, baginda telah melihat beberapa perkara. Diriwayatkan oleh Saidina Ali Karamullahu wajhah:

Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah S.A.W, kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:” Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:” Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.”

“ Aku lihat perempuan yang memakan badanya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan badannya seperti anjing, kala dan ular masuk ke dalam kemaluannya, atau mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka.”

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahandanya:” Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”

Rasulullah menjawab:”Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu, ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrim.”

“Perempuan yang lidahnya tergantung itu, ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.”

“Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu, ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak meminta keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.”

“Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.”

“Perempuan yang memotong badannya sendiri itu dengan gunting neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain.”

“Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang, juga tidak mahu mandi janabah (junub).”

“Perempuan yang kepalanya itu seperti kepala babi dan badannya berupa badan keldai, ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.”

“Perempuan yang seperti anjing itu, adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.”

Wallahhuallam...

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin