BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Friday, September 25, 2009

FITNAH WANITA TERHADAP LELAKI


Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum lelaki selain perempuan.”
“ Baginda tidak pernah menyaksikan dua orang yang saling cinta-mencintai sebagaiman yang ada di antara suami dan isteri dalam perkahwinan.”
Firman Allah dalam Al-Qur’an:
“ Janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah dosa dan kebencian yang sejahat-jahat jalan.”
Senjata Fitnah Wanita
1) Airmata
Airmata wanita memiliki kuasa yang luar biasa. Bila-bila airmata itu boleh mereka keluarkan sama ada jika mereka dalam kesusahan atau jika mereka hendak meminta sesuatu dan ketika mereka dalam kegembiraan
2) Pandai mengambil hati
Mereka boleh berpura-pura mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh lelaki untuk melembutkan dan mengambil hati lelaki.
3) Mendedahkan aurat
I ni adalah perbuatan yang mereka akan lakukan untuk mengundang mata lelaki agar memandang mereka.
4) Senyuman
Apabila mereka mahu menakluki hati seseorang lelaki sekaligus ingin menguasai lelaki itu, maka cara inilah yang digunakan.
5) Tipu daya
Mereka juga pandai memutarkan belit jika mereka ingin mengkhianati atau ingin mempermainkan lelaki.
6) Tutur kata yang manis
Wanita sangat bijak menutur kata yang indah-indah untuk menarik minat lelaki itu, lebih-lebih lagi apabila ingin meminta sesuatu.
7) Gertak dan ancaman
Apabila mereka berasa terancam oleh seseorang, mereka akan menakut-nakutkan orang itu dengan berbagai cara.

Ketika Cinta Perempuan Mnenjadi Fitnah

1) Fitnah Keindahan
Sabda baginda:
“ Perempuan adalah aurat. Setiap kali ia keluar dari rumah, maka syaitan akan memperhatikannya dan berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan melalui seseorang melainkan engkau memperdayakannya.”
Ramai orang tertarik dengan suara perempuan sehinggakan kadang-kadang mereka memuji dan memujanya sepanjang hayat mereka. Sedang Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dalam diam, kerana suara mereka adalah kunci pintu hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk berbagai fitnah. Kerana sebab yang sama Allah telah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki.
Kalau mata suka memandang sesuatu yang cantik dan molek, maka telinga juga amat suka mendengar suara yang merdu dan manja. Jadi fitnah bukanlah hanya dibataskan kepada penyanyi semata-mata tetapi boleh timbul daripada suara semua perempuan. Sehinggakan dalam solat, perempuan tidak diharuskan mengangkat suara sekiranya imam solat tersalah, tetapti hanya disuruh menepuk tangan sahaja. Suara perempuan ditakuti mengganggu kekuhsyukan orang lain.
Sabda baginda:
“ Sesiapa yang duduk untuk mendengar perempuan yang menyanyi, pada hari kiamat kelak telinganya disumbatkan dengan inik ( benda cair ).”
2) Fitnah Mata
Adakalanya satu kebisuan lebih bermakna daripada ratusan kata-kata. Ada perempuan gemar bercakap dengan lelaki sambil mainkan isyarat mata, ada juga yang tidak gemar bercakap tetapi mereka mengutarakan isi hati mereka melalui pandangan mata sahaja. Hubungan antara mata dan hati tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetak di hati pasti akan kelihatan di mata. Allah mengetahui setiap apa apa yang tersembunyi di relung hati hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dalam ilmu-Nya. Firman Allah:
“ Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang terselindung di hati.”
Yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata perempuan itu mengatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan ia menjanjikan pada suatu ketika yang lain.
Oleh sebab itu Islam melarang memandang benda-benda yang haram, seperti perempuan memandang lelaki ajnabi atau pun lelaki memandang perempuan ajnabi kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat.
3) Fitnah Rambut
Rambut adalah mahkota perempuan. Islam melarang sekeras-kerasnya perempuan memperlihatkan rambutnya di khalayak ramai. Kerana itulah islam mewajibkan perempuan memakai tudung ( jilbab ). Sekiranya seorang perempuan itu tidak menutup rambutnya ketika keluar rumah, maka azab neraka sedia menunggunya di akhirat kelak.
Sekarang ramai perempuan yang gemar ke salon untuk mencantikkan rambut mereka. Mereka keluar dari maksiat dan masuk ke tempat dosa, di mana yang pertama mereka mengizinkan rambut mereka disikat dan dipegang oleh lelaki. Kemudian, memperlihatkan rambut mereka pada khalayak ramai supaya lelaki terpikat dengan mereka yang cantik. Hal ini berlawanan dengan sifat ‘Iffah dan amalan yang sepatutnya ada pada setiap muslimah sejati.
Dengan menutup kepala daripada ajaran islam ini, maka kaum lelaki dapat terpelihara dari dosa dan fitnah, juga dapat meletakkan posisi perempuan di tempat yang selamat daripada pandangan atau penglihatan kaum lelaki yang hatinya ada penyakit, yang boleh mendatangkan kesan buruk.
4) Fitnah Tubuh Badan
Sesetengah lelaki menyayangi perempuan adalah disebabkan oleh kecantikan tubuh badannya, memuja keayuan raut wajahnya, dimana cinta dan kasih sayang mereka ada sempadan. Cinta dan kasih sayang mereka akan lenyap bila sampai batas tertentu, di mana apabila keistimewaan yang terdapat pada diri perempuan itu sudah tidak ada.

Yakni apabila suara merdunya sudah menjadi parau dan kurang menarik untuk didengar, wajah dan bentuk badan yang menarik sudah berubah menjadi rapuh dan berkerut serta tidak sedap dipandang lagi. Biasanya ini terjadi bila usia perempuan telah mencapai 45 tahun.
Pada usia ini, apa pun usaha yang dilakukan oleh perempuan untuk mengembalikan kejelitaan mereka yang telah luput akan menjadi sia-sia. Mekap dan segala jenis alat-alat kecantikan yang mereka pakai untuk mendapatkan kembali mutiara mereka yang telah dirampas sang waktu, sesungguhnya hanya akan membuang masa untuk sesuatu yang sia-sia dan palsu
Ketika itu hukum alam telah berlaku. Mereka hanya pasrah menerima kenyataan betapa pun pahitnya. Mahkota wanita yang paling berharga adalah kemudaan. Nama, harta, pangkat, kekuasaan dan kemewahan hidup tidak akan dapat menyamai kemudaan mereka. Hilangnya kemudaan maknanya hilang pula punca daya tarikan mereka sehingga ajal datang mengetuk pintu hati mereka.

Friday, August 21, 2009

Model Muslimah Sejati



Posted by nurjeehan in Akhlak & Adab, Cinta, Perkahwinan, Wanita & Keluarga. 16 Comments

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.

Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” – (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al-Tausi)

Taken from http://www.adiemad.com/ver2/index.php

Thursday, August 13, 2009

Sahabat2 Perjuangan ku d KUIM

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin