BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Monday, May 14, 2012

Bicara Wanita siri 4



Assalammualaikum wbt...

Pada 11/5/2012 aritu kan...

Jangan jeles tau..hehehe (ok,saya syok sendiri)

Saya ada pergi dengar forum yang bertajuk “Fiqh Wanita: Aurat dijaga Syariat Dipelihara”
Moderato: lasmi lukito
Panel 1: Ustzh Fatimah Syarha
Panel 3: Ustzh Yazidah Yahya

Tau tak apa yang best tentang forum ni???

Ada USTAZAH FATIMAH SYARHA!!!!!!



Ok,kalau ada yang tak excited tak pe la..:-(
Jadi masa  tu bukan men ramai lagi wanita2 yang turun ke audi UPSI,
Malam tu tema warna pink, so memang meriahla sebab ramai wanita2 yang pakai baju pink!!

Hehe..

So antara input yang saya dapat ialah:

Ada 5 perkara yang perlu kita jaga dalam islam iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Lepas tu, cara penjagaan aurat dalam konteks Islam ialah tutup aurat kerana Allah.

3 golongan yang berbicara tentang aurat wanita, 1st ialah golongan yang ingin wanita mendedahkan auratnya ‘sededah2nya’, 2nd golongan yang nak wanita menutup setutup2nya sehingga tidak boleh keluar untuk mencari ilmu dan yang 3rd ialah golongan pertengahan yang sederhana dan tiada pakaian seragam. Jadi,pilihlah sendiri kita nak berada di bahagian yang mana..

Lepas tu ditanya komen panel tentang statement “pakai tudung tapi jahat”, komen panel tersebut:
Allah sebenarnya menilai kita dari hati dan amalan. Jadi, tak payah nak judge orang macam tu macam ni sebab hanya Allah je yang tau seseorang tu macam mana...betul tak???

Panel tu kata lagi, syaitan kreatif memperdayakan wanita.. jadi jangan minta seseorang individu itu menjadi terlalu sempurna sebab syaitan akan sentiasa akan cuba menarik kita untuk mengikutinya.dan kita pula janganlah terlalu kreatif juga nak cakap “dia pakai tudung tapi macam tu macam ni”..

Panel tu kata lagi, kalau kita tutup aurat, pakaian akan menjaga kita..
Kalau nak tau betul ke tak, cubalah..

Actually, menurut kata kawan2 saya yang tutup aurat dengan betul, bila mereka nak buat sesuatu perkara mereka akan berfikir samada elok tak mereka melakukan perbuatan sedemikian..satu lagi, bila kita pakai pakaian yang mengikut syariah, orang lelaki pun akan segan nak kacau kita..jadi kita pasti akan berasa selamat..betul tak...?

Last, panel tu kata lagi kita ni jangan terlalu mengikut hawa nafsu..orang tu baru nak buat baik sikit kita dah kutuk2..sepatutnya kalau kawan kita nak berubah jadi baik..nak tutup aurat ikut syariat..bagilah sokongan moral kat dia..jangan nak dengki2, cemburu2 dan cakap kata2 yang menyinggung perasaan dia...yang selebihnya sila rujuk dalam Al-quran surah al-Hujurat dan surah al-Ahzab: 33

Ok..seterunsnya,

Macam mana kita nak mendidik anak perempuan kita supaya jadi anak yang baik??? Ustzh Fatimah syarha said that:
Semuanya bermula daripada macam mana kita nak cari pasangan, kata beliau pilihlah suami yang ‘high class’, kalau setakat cari bakal suami yang baca al-quran merangkak2, tau cakap I Love U and I Miss U je baik tak payah buat suami..then, beliau berkata lagi..kita kena selalu berdoa sebelum kita ada anak lagi..contohnya sebelum suami dan isteri bersama pada malam hari, jangan lupa baca doa..sebab semua tu akan mempengaruhi zuriat yang akan dilahirkan kelak.. ok, bila anak tu dah lahir pula, ibu bapa kena lah jagalidah masing2 daripada berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya..contoh panggil anak kita bodoh,mangkuk,gelas dan sebagainya. Selain tu dia kata bagi anak2 kita the power of praise, bagi kata2 yang baik2 sahaja, sentiasa tersenyum, biasakan anak2 dengan Allah; iaitu dengan mengaitkan kehidupan seharian kita dengan Allah dan tekankan akidah pada anak daripada kecil lagi.

Lepas tu, ni komen panel apabila ditanya tentang peranan pendidik kepada pelajar; ringkasnya panel tu kata guru adalah agen perubah kepada anak bangsa. Semua guru berperanan mengajak anak murid untuk mengingati Allah dan tentang Islam, jangan asyik lempar tugas itu pada ustazah ustaz je..didiklah anak2 murid supaya benci pada maksiat dan mencintai syariat serta guru2 juga perlu menjadi ‘role model’ kepada anak murid masing2. Yelah..tak kan lah kita nak ajar anak murid tapi kita sendiri tak elok..tak minta para cikgu2 jadi sempurna tapi cukuplah baik dalam aspek yang basic tu..

Ok..ni lak kata2 yang saya suka yang saya sempat kutip masa forum tu:

“Kalau kita dahaga  carilah air, kalau kita dahagakan ketenangan carilah syariat”
“Syariat Allah terkandung hikmah yang besar”
“Katakan ya kepada kemodenan, katakan tidak kepada kebaratan, katakan ya kepada silang budaya, katakan tidak kepada serangan budaya”
“Wanita yang baik itu wanita yang tidak dikenali sebagai bermulut celupar dan tidak terpedaya dengan lelaki”

Ok..itu aje..

wassalam

0 comments:

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin