BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Friday, February 17, 2012

5 Panduan Menjaga & Memelihara Hamster

Halu halu halu

kesian betul tengok kakak saya yang tengah asyik menghadap hamsternya... sayang sangat beliau kat hamster2 tu.. bangun pagi je terus tengok hamster... siang malam la macam tu.. manusia berjiwa penyayang la katakan.. dah seminggu kiteorang masuk u. dah seminggu juga la dia x jumpa hamsternya. hari ni dapat jumpa beliau bukan main seronok lagi.. asyik berborak dengan hamster je..  

Tadi mata hamsternya yang sekor berdarah. apalagi mundar mandirlah beliau menguruskannya. sampai lambat makan.. jadi sebagai adik yang prihatin disini saya ingin memberikan panduan tentang cara menjaga hamster.. tapi saya pun copy paste jelah...huhu... by the way, moga bermanfaat!!!







1. Hamster yang baru dibeli
Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan minuman
Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

Demikianlah maklumat yang saya perolehi..so dear my sis kalau maklumat ini masih kurang akak boleh klik link kat atas.. kat blog tu ada komen orang yang pelihara hamster.. mungkin korang boleh berkongsi maklumat...

Selamat Menjadi Ibu Yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang!!!!!

Assalammualaikum...

Hurm....lega rasanya bila dah habis orentasi upsi.seronok juga sebab tak stress...moga2 semuanya berjalan dengan lancar sepanjang saya belajar di sana...amin...untuk kwn2 yg len...gud lak!

Friday, February 10, 2012

30 LARANGAN AGAMA ISLAM UNTUK WANITA MUSLIMAH




1. Menyambung rambut palsu
2. Bertato, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk bersenggama
6. Membuka rahasia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Berbohong kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahasia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian umum
20. Melukai tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Mengantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu tetangga
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


 P/S

Sebarang Kekeliruan Bertanya pada :-

FACEBOOK PAGE
Ustaz Azhar Idrus ( Original )



(info drpd http://www.facebook.com/note.php?note_id=301138903230416 )

Tuesday, February 7, 2012

Mengutip Semangat Untuk Ke Menara Gading

Bagi ku tiada alasan untuk tidak bersemangat dalam meneruskan pelajaran..mungkin apabila kita baru ditimpa kesusahan kita akan berasa lemah namun masih ada secebis semangat jauh di dalam hati untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Sokongan moral daripada adik-beradik menjadi tunggak semangat ku agar aku terus bangkit untuk meninggalkan perkara yang telah terjadi berlalu pergi. Nasihat-nasihat yang pernah diberi kepada ku sentiasa ku putarkan semula di kotak fikiranku agar aku tidak goyah dan lalai daripada meneruskan niat di hati..

Hidup Ku Yang Berliku...

Assalammualaikum...

Hari itu.......

Berehat sebentar daripada bekerja....lega, tenang...

Kemudian,

wah dapat kerja...siap beberapa orang lagi sibuk panggil interview even dah masuk kerja...

seronok kerja...

tiba2...

di suatu pagi yang hening..

~~~(handphoneku berlagu arab berbunyi pd jm6 pagi)~~

"hello,__________ mak dah xde!!!!!!"

aku....aku? *****

diam tak terkata, bingung..terkedu...otak stuck kejap...

mmmmmmmmmmmmmmm

betul ke???

merenung dinding, dan berfikir..

"betul ke ni?"

cubit tangan...uh sakit...maksudnya aku tak bermimpi...

lalu aku bayangkan wajah insan yang aku sayang...

m...mak dah xde la...

Innalillah wa innalillahi rojiun ...

barulah air mata ku jatuh tanpa henti...

tindakanku, mandi..solat subuh..bersiap dan terus balik ke pahang...

Alhamdulillah,, aku sempat menatap wajah emak sebelum die di kafankan..

sedihnya hati hanya Allah sahaja yang tahu..

**********

Duduk seorang diri mesti teringat kat mak..

teringat semua nasihatnya..

mm...rindu sangat kat mak...

*********

14 hari lepas mak pergi aku dapat tawaran belajar ke UPSI...

ingat nasihat mak supaya belajar rajin2..

jadi ku gagahi diri,

menuntut ilmu ke menara gading...


(AL-FATIHAH BUAT MAK ANGKAT KU, KAMARIAH JANTAN, YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 16/1/2012)


Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin