BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, December 10, 2011

FREE!!!!

Assalammualaikum wbt...

Tenang rasanya bila sudah tidak bekerja..huhu..tiada tekanan,..m..sepanjang bekerja di tempat lama macam-macam pengalaman yang saya peroleh. Namun, sabar adalah teman setia ku selama bekerja di sana. Seperti yang pernah saya pelajari semasa kuliah dulu, majikan perlulah memainkan peranan dengan sebaik-baiknya. Sama ada dalam menguruskan hal-hal pengurusan perniagaan sehinggalah dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pekerjanya. Sekiranya seseorang majikan itu kurang menitikberatkan soal kebajikan pekerjanya, maka pekerja juga akan menjadi kurang produktif sekaligus hilang minat untuk berkerja. Maka, dengan itu bermulalah kisah pekerja asyik nak berhenti sahaja. 

Mungkin kerana majikan terlalu obses untuk mengejar keuntungan sehingga kurang menghargai penat lelah orang bawahan sedangkan tanpa orang bawahan majikan tidak akan mampu menggapai keuntungan seorang diri. Sikap acuh tak acuh majikan terhadap pendapat pekerja bawahan juga membuat majikan tersebut kurang disenangi oleh orang bawahan. Sangat merugikan apabila majikan tidak menggunakan gaya kepimpinan demokratik, tetapi menggunakan gaya kepimpinan autokratik ataupun gaya kepimpinan laissez-fair.

Majikan juga seharusnya bijak dalam mengendalikan masalah dalam kalangan pekerja bawahan, dimana kadang-kalanya terdapat pekerja senior yang suka mengambil kesempatan terhadap pekerja junior. Majikan juga perlu memantau perkembangan pekerja junior. Adil juga adalah perkara yang sangat perlu dititikberatkan oleh majikan. Jangan hanya mengutamakan pekerja senior tetapi pekerja junior pula diabaikan. Gaji pula perlulah setimpal dengan kerja yang dilaksanakan...:-)..

Itu sahaja coretan buat tajuk kali ini..sekian terima kasih...(sila tepuk tangan)

Monday, December 5, 2011

Stress!

Assalammualaikum wbt...
Lame tak update blog ni...rindu gak tapi tu lah sibuk sangat kerja...hari-hari kerja..tak ape yang sempat dibuat..mmm...tak sabar la nak sambung belajar.bosan pula tak g kuliah, buat assignment, study group...sume la..tempat belajar yang lame pun saya rindu jugak..macam-macam la...harap-harap sume kawan sekuliah saya dulu gembira selalu..dan masih lagi study di KUIM, silalah belajar rajin-rajin...:-)

Thursday, November 3, 2011

11 CIRI-CIRI RUKUN AKHLAK DAN ETIKA KERJA





  1.       Bersih, Jujur dan Amanah Amalan Mulia.

Pekerja yang bersih, jujur dan amanah mempunyai hati yang ikhlas, niat yang baik dan jiwa yang murni. Setiap perbuatan, keputusan dan tindakannya dilaksanakan dengan ikhlas, adil dan saksama. Pekerja yang bersih, jujur dan amanah sentiasa mentaati undang-undang dan boleh diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kewajipan walau bagaimanapun sulit dan rahsianya sesuatu tugas atau kewajipan itu. 
Manakala pekerja yang tidak jujur, dengki, khianat, zalim dan tamak haloba akan melakukan berbagai bentuk penyelewengan, mengutamakan kepentingan peribadi, selalu merungut, sentiasa menyalahkan orang lain dan mengamalkan pilih kasih.
Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Adil, saksama dan tidak pilih kasih
  • Berhati ikhlas, berniat mulia dan berjiwa murni
  • Boleh diharap dan dipercayai
  • Sentiasa menunaikan amanah yang diberikan
  • Sentiasa menjaga kepentingan harta benda awam
  • Membelanjakan harta benda awam menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan
  • Tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan
  • Menghayati ajaran “tangan kiri tidak mengetahui akan tangan kanan yang memberi”
Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Pilih kasih
  • Memperalatkan orang lain untuk kepentingan sendiri
  • Berpuak-puak dan mementingkan sanak saudara dan sahabat handai dalam sesuatu tindakan atau pemilihan
  • Melakukan rasuah, penipuan dan penyelewengan    dalam pekerjaan
  • Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan bagi  kepentingan peribadi, sanak saudara dan sahabat handai
  • Membuat urusan persendirian dalam waktu bekerja
  • Melakukan urusan peribadi dengan berselindung di sebalik kerja-kerja rasmi
  • Suka bermuka-muka atau mengampu untuk mendapatkan ganjaran


Pekerja yang cekap, cepat dan tepat dalam melaksanakan tugasnya adalah seorang yang pandai (hafiz) dalam pekerjaannya dan dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan. Dia sentiasa peka terhadap masa, kualiti dan kuantiti kerjanya dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga sempurna dan mencapai matlamatnya dalam jangka waktu yang bersesuaian atau ditetapkan. Menurut Islam, pekerja ini menjadikan pekerjaannya sebagai amal salih dan ibadah kepada Allah pada semata-mata mendapatkan keredhaanNya jua.
Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Menyegerakan tindakan / tugas mengikut keutamaan
  • Sentiasa peka terhadap kualiti dan kuantiti kerja
  • Menyiapkan kerja dengan sempurna lebih awal daripada jangkaan
  • Menumpukan pekerjaan ke arah pencapaian objektif dan matlamat organisasi
  •  Jelas, nyata dan teratur dalam pemikiran, penulisan dan komunikasi
  • Berusaha ke arah kesempurnaan kerja sewaktu membuatnya pertama kali
Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Melalai-lalaikan atau melambat-lambatkan kerja
  • Melaksanakan kerja tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan
  • Membuat kerja dengan tidak teratur atau mengikut keutamaan
  • Tidak menyiapkan kerja
  • Tidak memahami proses kerja
  • Sering membuat kesalahan atau kesilapan

Seorang pekerja yang titih dan lutanan menggunakan segala kepakaran dan kemahirannya dalam melaksanakan tugasnya dengan penuh kesempurnaan. Dia sentiasa mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi dan akan sentiasa berusaha pada memastikan sesuatu yang dihasilkannya itu bermutu tinggi serta menepati kehendak. 
Masa adalah bagaikan emas, berharga dan dihargai. Dengan menggunakan waktu bekerja sebaik-baiknya secara produktif dan berkesan dan bukannya berlengah-lengah atau sambil lewa sahaja, seseorang itu akan dapat meningkatkan keberhasilan dan kemajuan organisasi.
Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Sentiasa membuat kerja dengan tekun, teliti dan cermat
  • Mengambil berat terhadap kesempurnaan kerja
  • Sentiasa berusaha ke arah meningkatkan mutu kerja    dan keberhasilan
  • Menetapkan tarikh sasaran untuk menyelesaikan kerja
  • Bersikap profesionalisme yang tinggi
  • Sentiasa berbangga dengan hasil kerja yang bermutu tinggi
  • Patuh kepada waktu bekerja
  • Menepati masa
  • Menyegerakan sebarang arahan kerja / tindakan
  • Mengurus masa dan kerja menurut keutamaan

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Bekerja sambil lewa
  • Tidak berusaha untuk meningkatkan hasil dan mutu kerja
  • Cuai terhadap pekerjaannya
  • Tidak peka kepada pembaziran masa
  • Melengahkan kerja
  • Banyak berbual kosong
  • Membuat urusan peribadi semasa waktu bekerja
  • Keluar minum
  • Ponteng kerja
  • Tidak merancang keutamaan dalam bekerja
  • Berjual-jualan dalam waktu pejabat

Pekerja yang berilmu, kreatif dan inovatif mempunyai kekuatan (Al-Quwwah), ilmu pengetahuan, kemahiran, daya cipta dan daya fikir dalam merancang sesuatu secara sistematik dan strategik. Dia juga berupaya memperkenalkan serta melaksanakan kaedah-kaedah baru dalam pelbagai bentuk yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga, masa dan kos serta meningkatkan penghasilan dan mutu kerja. Pekerja seperti ini dapat menyumbangkan jasa baktinya secara amal jariah yang berkekalan dunia dan akhirat.
Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Sentiasa mencari pendekatan baru untuk menyelesaikan atau mempercepatkan kerja
  • Berusaha mencari alternatif bagi peningkatan hasil  dan mutu kerja
  • Berani mencuba idea-idea atau pendekatan-pendekatan baru
  • Sentiasa mengemaskinikan pengetahuan, kemahiran dan kepakarannya menurut perkembangan global
  • Mencungkil dan mengasuh bakat-bakat yang berpotensi

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi 
  •  Berpandangan sempit, konservatif dan tidak dinamik
  • Tidak berusaha mencari pendekatan baru untuk memperbaiki masalah kerja
  • Tidak berani mencuba idea-idea baru kerana takut menghadapi risiko-risikonya
  • Memandang remeh usaha-usaha inovasi orang lain
  • Berpuas hati dengan kedudukannya yang sedia ada
  • Tidak gemar kepada pembaharuan
  • Terlalu berharap dan bergantung kepada orang lain


Pekerja yang beriltizam memberi sepenuh tumpuan kepada kerjanya, dedikasi, prihatin lagi disertai dengan semangat keberanian dan azam yang kuat sehingga kerjanya dapat diselesaikan dengan sempurna. Dia berusaha dengan tabah dan bersemangat waja tanpa mengenal penat lelah dan cekal menghadapi sebarang kesulitan atau kesukaran. Sifat berputus asa tidak wujud pada dirinya dan dia percaya bahawa tiada kesukaran yang mutlak yang tidak dapat diatasi. Setiap kesukaran akan dilihat dan diatasi secara objektif demi untuk membuahkan hasil atau kemajuan yang cemerlang.
 Pekerja yang ada akauntabiliti akan sentiasa melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya dan memastikan objektif atau sasaran kerja yang dikehendaki dapat dicapai dengan sempurna dan berkesan. Dia juga akan melaksanakan sesuatu kerja itu dengan berlandaskan kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Dengan penekanan kepada akauntabiliti sedemikian, maka penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah sukar untuk bertapak.
Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Menghayati sikap “hendak seribu daya, tak hendak  seribu dalih"
  • Bekerja dengan ihsan iaitu sedia berkhidmat atau memberi khidmat walaupun di luar waktu bekerja biasa
  • Bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar
  • Sentiasa menurut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu tugas
  • Bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang dibuat
  • Bersedia menerima dan melayan orang yang datang berjumpa

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Kurang bersemangat semasa bekerja
  • Malas, enggan atau mengelakkan diri daripada    membuat kerja
  • Sering mengeluh dan sentiasa meminta simpati dan pertolongan orang lain untuk melaksanakan tugas
  • Menangguh-nangguhkan kerja
  • Mengabai-abaikan tanggungjawab
  • Tidak menghiraukan peraturan dalam urusan tugas
  • ‘Menutup  pintu’ (tidak melayan orang yang datang berjumpa)

Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Agama Islam banyak memberi galakan supaya kita selalu bersabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, cekal dan sentiasa dalam ketenangan.
Bersopan santun dan berbudi mulia adalah juga sangat dituntut dalam Islam. Sifat-sifat ini juga amat diperlukan dalam Perkhidmatan Awam. Orang ramai atau masyarakat pelanggan sentiasa mengharapkan perkhidmaan yang mesra dan memuaskan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Dengan yang demikian, adalah sangat penting dan menjadi satu kewajipan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam untuk mengamalkan sifat berlemah-lembut, berbudi bahasa, ringan tangan, tidak camah mata dan berat mulut dalam melayan orang ramai ketika memberi perkhidmatan.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Sentiasa memberi khidmat baik walaupun dalam suasana kerja yang mendesak
  • Sentiasa tenang dalam menghadapi masalah
  • Pemaaf dan berhemah tinggi
  • Tidak melatah apabila diberi kritikan
  • Dapat mengawal emosi apabila menerima cabaran
  • Nekad dan gigih dalam melaksanakan kerja yang mencabar
  • Lemah lembut dan berbudi bahasa dalam melayan orang ramai
  • Prihatin kepada kesusahan atau masalah orang lain

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Membuat keputusan secara tergesa-gesa
  • Lekas marah
  • Mudah berputus asa
  • Kasar bahasa dan tingkah laku
  • Kurang memberi layanan kepada orang yang berurusan
  • Bersikap dingin
  • Berat mulut
  • Berat tangan


Pekerja yang produktif tidak setakat berpuas hati dan berpada kepada satu tingkat pencapaian sahaja tetapi akan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan memperbaiki kualiti dan memperbanyakkan penghasilan dari semasa ke semasa. Dia akan berikhtiar memperbaiki sistem dan prosedur kerja dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara optima.
 Pekerja yang mempunyai daya saing yang tinggi akan mengambil segala kesempatan yang terbuka kepadanya dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan penghasilan yang lebih baik. Dia juga akan dapat mengenal pasti apa yang diperlukan untuk membawa organisasi lebih ke hadapan dan berjaya.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Sentiasa berusaha meningkatkan hasil yang diperolehi setiap hari melebihi daripada hari-hari sebelumnya
  • Berusaha memperkemaskan sistem-sistem dan    prosedur kerja
  • Memastikan bahan yang digunakan mempunyai kualiti yang baik
  • Sentiasa memandang ke hadapan
  • Berpegang kepada peribahasa “pantang maut sebelum ajal”

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Tidak pedulikan kepada kualiti kerja
  • Pekerjaan yang tidak sempurna atau berkesudahan
  • Tidak senang kepada perubahan-perubahan atau ciptaan-ciptaan
  • Berpandangan sempit
  • Lekas mengaku kalah


Menurut Islam tugas kepimpinan itu adalah  merangkumi semua tugas bersepadu. Segala sesuatu yang dilaksanakan oleh pemimpin adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh Islam bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Nilai-nilai utama yang ditentukan oleh Islam ialah pemimpin itu mestilah taat kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasulullah kerana Rasulullah itu adalah contoh pemimpin yang terbaik. Islam juga menghendaki seorang pemimpin itu berakhlak tinggi, berwibawa, sabar, tegas, bertanggungjawab, bijak merancang dan bijak melaksanakan tugas serta membuat apa yang dikatakannya.
Seorang pemimpin yang mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai kepimpinan yang dihuraikan di atas sudah setentunya dapat memberikan kesan dan contoh teladan yang positif kepada orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya. Sesungguhnya sifat-sifat sedemikian akan dapat menjadikan mereka pemimpin yang unggul, dimuliakan lagi dihormati, dikasihi dan disanjung tinggi. Orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya akan mencontohi dan mengamalkan contoh kepimpinan itu dan menjadi penggerak utama dan aspirasi kepada mereka untuk bergerak maju dan menyumbangkan khidmat bakti mereka ke jalan yang diredhai Allah demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Sederhana dalam tindakan dan tutur kata
  • Sentiasa bersikap positif
  • Sentiasa bersikap ‘pimpinan melalui teladan’
  • Mempunai wawasan dan strategi yang jelas dan membangun
  • Berakhlak tinggi
  • Rajin dan kuat bekerja
  • Bekerjasama untuk kebaikan
  • Bersih hati dan fikiran
  • Sentiasa memperbaiki diri
  • Berhemah tinggi, berwibawa dan tegas

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Suka mengadu domba dan memburuk-burukkan hal   orang lain
  • Suka mencari helah untuk mengelakkan tanggungjawab
  • Tidak ada sikap keterbukaan
  • Mempunyai pemikiran yang tertutup
  • Terlalu sensitif dan cepat marah
  • Hipokrit serta berpura-pura
  • Tidak berpandangan jauh
  • Buruk perangai dan tingkah laku
  • Tidak membuat apa yang dikatakan

Bekerja secara berpasukan adalah perlu bagi melahirkan suasana kerja yang harmoni, aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Suasana seperti ini akan pasti meningkatkan hasil dan kualiti kerja. Kerja-kerja yang berat akan menjadi ringan dan dapat disempurnakan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
Demikian juga halnya dalam menjalankan tugas dan kewajipan kita seharian, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat permuafakatan, yakni sentiasa bermuzakarah ataupun syura atau juga disebut dengan panggilan bermesyuarat serta berunding sesama kita khususnya dalam perkara-perkara yang besar atau rumit    di mana kita diperlukan untuk membuat keputusan dengan adil dan saksama. Keputusan yang diambil secara bermuafakat akan membawa kebaikan dan keberkatan kerana ianya lebih tepat, lebih adil dan lebih mudah diterima dan dihayati dari keputusan secara sepihak atau berdasarkan arahan semata-mata.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Menghayati maksud peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”
  • Sentiasa memberi kerjasama kepada teman sekerja
  • Bekerja dengan semangat berpasukan
  • Sentiasa menyedari hakikat “keputusan ramai atau secara berkumpulan adalah lebih bernas, mantap        dan jitu”
  • Bersyura dalam membuat satu keputusan yang penting
  • Berunding untuk menyelesaikan masalah
  • Merujuk kepada orang lain yang lebih mengetahui dalam menangani masalah kerja yang besar
  • Mendengar pandangan / pendapat dari semua pihak sebelum membuat keputusan

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Dendam kesuma
  • Memberi khidmat segera dengan tujuan “ada udang  di sebalik batu”
  • Suka berbangga dengan kebolehan  diri sendiri
  • Tidak berminat untuk merujuk atau mendapat pandangan dari rakan sejawat yang lebih arif dalam menyelesaikan masalah kerja
  • Sukar menerima pandangan orang lain
  • Membuat keputusan bagi kepentingan ramai secara bersendirian
  • Memandang rendah pendapat atau kebolehan orang lain
  • Mendengar pendapat / pandangan sebelah pihak sahaja dalam membuat keputusan
  • Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaiki

Pekerja yang berjimat cermat adalah mereka yang menggunakan segala sumber yang tersedia ada yang berupa harta benda, kewangan, masa dan tenaga menurut ukuran keperluan dengan cara mengambil jalan tengah iaitu tidak kurang dan tidak berlebihan.  Bagi menjimatkan kewangan, dia akan berhati-hati menggunakan peruntukan yang disediakan dengan menurut peraturan yang ditentukan serta sentiasa mengelakkan pembaziran. Pekerja yang cermat sentiasa menjaga dan memelihara harta benda awam dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya sifat berjimat cermat akan membolehkan Kerajaan mengutamakan projek-projek yang lebih ekonomikal daripada lebihan peruntukan yang tidak digunakan dan pada keseluruhannya memberikan kemakmuran kepada rakyat dan negara.

Islam juga mengajar umatnya supaya bersifat jimat cermat dan mencela sifat membazir dan boros. Sikap dan sifat membazir dan boros juga banyak menyebabkan manusia menderita, kerugian dan kesengsaraan. Malah orang-orang yang membazir adalah dianggap sebagai sahabat syaitan.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Berhati-hati dalam menggunakan peruntukan perbelanjaan yang disediakan
  • Berusaha membuat pembelian dengan harga yang termurah tetapi bermutu
  • Sentiasa patuh kepada Peraturan Kewangan
  • Memelihara harta benda Kerajaan sebaik mungkin
  • Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Membuat pesanan-pesanan atau pembelian-pembelian dengan tidak menurut Peraturan Kewangan
  • Membuat tuntutan-tuntutan palsu bagi kepentingan peribadi
  • Tidak membuat ‘penyata kewangan’ bagi satu-satu perbelanjaan yang tertentu
  • Boros menggunakan alat-alat tulis dan peralatan pejabat
  • Tidak bersikap pemedulian terhadap harta benda Kerajaan



Seorang pekerja yang bersikap pemedulian akan sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan atau kesukaran yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab serta bertindak secara positif ke arah memenuhi keperluan dan membanteras masalah tersebut.
Dalam konteks Perkhidmatan Awam pemedulian adalah satu nilai sikap dan sifat yang mengutamakan kepuasan hati pelanggan. Ciri ini perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam terutama sekali mereka yang berurusan terus dengan masyarakat pelanggan atau orang ramai. Dengan mengamalkan sikap pemedulian (diiringi dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keamanahan) maka akan wujudlah suasana harmoni, sejahtera dan rasa kepuasan yang tidak terhingga di antara mereka yang memberikan perkhidmatan (pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan) dengan mereka yang menerima perkhidmatan tersebut, yakni para pelanggan atau orang ramai.
 Apabila keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan dapat diwujudkan, maka negara dan rakyat akan dapat berpadu teguh dan berganding erat membawa ibunda raya ke mercu jaya.

Amalan-amalan Yang Terpuji
  • Inda camah mata
  • Sentiasa bersedia dengan ikhlas untuk memberikan bantuan
  • Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
  • Sentiasa memberi khidmat dengan senyum dan air muka yang manis
  • Sentiasa hormat dengan teman sekerja dan orang  ramai dan pelanggan
  • Bercakap dengan suara yang lembut dan jelas
  • Tertib dan baik budi bicara
  • Pemaaf
  • Menghayati “HablumminAllah dan Hablumminannas”

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi
  • Berat mulut
  • Berat tangan
  • Kasar dan kurang sopan
  • Bersikap tidak peduli kepada permintaan atau pertolongan yang dipohonkan
  • Tidak bersedia menghulurkan pertolongan atau bantuan bila keadaan amat memerlukan
  • Tidak menepati janji-janji yang dibuat
  • Memalingkan pandangan ke tempat lain atau membuat kerja lain semasa bercakap / melayan pelanggan



    The Handy Manny yang rajin bekerja dan membantu..

Ya Sahabat...

Assalammualaikum semua...
lama rasanya tak dapat update blog...sibuk sungguh pula bekerja..haha...jangankan nak blogging, facebook, twitter, nuffnang, churp2, gmail n yahoo semua pun tak buka...huhu...sekarang ni sibuk nak kumpul duit..nak bayar pinjaman la katakan..kalau tak kang ada la surat cinta tagih hutang pula..sedeh..T_T.. so sepanjang daku bekerja ini boleh tahan la tahap kepenatannya..almaklumlah keje bukan duduk dalam pejabat...haha...by the way  boleh la dapat duit tiap2 bulan kn..m..macam2 la cabaran sepanjang daku bekerja ni...hanya sabar saja yang menjadi peneman diri...arini tak tau la nak post ape lg..m...wait n see...

Wednesday, October 12, 2011

Universiti Kehidupan 30 - Antara Rajin Bekerja Dan Rajin Membaca




salam semua...skrg sy bekerja...jum kongsi ni dgn sy! ;-)



info from  http://www.ustazamin.com/2009/02/universiti-kehidupan-30-antara-rajin.html

Pagi di China menyaksikan rakyatnya sudah mulai membanjiri jalan-jalan dan keluar untuk bekerja.

Pagi di Mesir dan kebanyakkan Negara-negara Arab, Bandar masih kosong dan hanya pukul 10 pagi atau 11 pagi baru mereka bangun untuk berniaga.

Pagi di China, tidak banyak kedai buku dan surat khabar yang ada.

Pagi di Mesir, orang membaca di mana-mana, kedai buku banyak, kedai surat khabar banyak dan kedai kitab banyak.
Dari China banyak barang-barang dilahirkan, mana-mana "made in China" hingga serban di Mekah juga dari sini.
Dari Mesir lahir para pemikir yang hebat-hebat, satu-satunya Universiti yang mempunyai ahli fatwanya sendiri, di dalam kitab menyebut "wa qaala Azhariyyun" (ahli Azhar berkata) di samping fatwa dari mazhab-mazhab yang lain. Dari sini lahir tokoh seperti Yusuf Qardawi dan lain-lain.

Antara kedua-dua tabiat ini, mana yang lebih baik?

Pada saya kedua-duanya baik dan melahirkan masyarakat yang berbeza. Yang pertama masyarakat yang bekerja membangunakan lahiriyyah, dan yang kedua masyarakat yang berteori yang membangunkan teori-teori dan akhirnya diterima di peringkat dunia

Bagaimana pula bangsa Eropah? mereka rajin membaca dan juga rajin bekerja. Universiti yang terdapat di Eropah sahaja (tidak termasuk US dan lain-lain) lebih banyak dari bilangan Universiti yang berada di seluruh Negara Islam. Syarikat-syarikat perniagaan mereka ada di mana-mana termasuk di pusat agama kita iaitu Mekah. Padahal mereka paling memusuhi Islam.

Rajin bekerja dan rajin membaca bukan sifat orang barat sahaja. Dia sifat orang yang berjaya membangunakan dunia. Orang Parsi pernah ada sifat ini dan dia pernah membangun dunia, Orang India pernah ada sifat ini dan dia berjaya membangun dunia, Orang Turki pernah, orang Uzbek pernah dan orang Melayu juga pernah mempunyai sifat ini dan mereka pernah memimpin empayar Nusantara.

Terbuktilah kata-kata Nabi, "siapa yang ingin dunia hendaklah dicari dengan ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia mencari dengan ilmu, dan siapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah dia mencari dengan ilmu".

Hadith juga mengatakan bahawa, "bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya".

Sedangkan al-Quran pula mengatakan :

Maka katakanlah, "Bekerjalah, maka Allah akan melihat pekerjanmu, dan Rasulnya dan Orang yang mukin".

Oleh itu, binalah bangsa yang rajin bekerja, dan rajin membaca. Gabungan ini akan melahirkan satu bangsa yang hebat dan kuat, kemudian gabungan bangsa yang hebat dan kuat ini digabungkan pula dengan iman dan Islam, maka kita akan lihat satu bangsa baru iaitu bangsa Muslim yang hebat dan akan menerajui Dunia, amin..

Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat.

Saturday, October 8, 2011

Susahnye on9 kat CC

salam semua...


mungkin lepas ni saya akan jarang nak update blog dah.. almaklumlah sekarang saya terpaksa online kat cc..selalu bukan main seronok lagi online pakai lappy.. susah nak online kat cc sebab manusia kiri kanan, so takde privacy..nak buka itu buka ini pun segan dan takut..hahaha..tah pape la rase macam tu...tapi tula...saya seganla...jadi saya tinggal kan lagu khas buat sesape yang akan merindui daku yang tak pemes ni...hahaha...

Here information about NescafeChilllah

It's face-off in the fight for RM10K and you have a part to play in it! #NescafeChilllah

Friday, October 7, 2011

Tanda demam..


ni la yang saya rase sekarang ni...

  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil






ni pula tindakan yang kite kenebuat bila dh rase diri tu demam..

  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.


kalau tak elok juga..esok pagi saya g jumpe doktor...huhuhu...jmpe dr.zaharuddin..
tatata

Petua Jadi Kurus


kenapa aku gemuk?
RAMAI yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, serta-merta muka masam mencuka.
“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”
Ya, mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu?
Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal serta teknik kawalan berat badan yang  sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya?
Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya yang kurus ini juga harus melaksanakannya.
1)      Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
2)      Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.
3)      Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.
4)      Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.
5)      Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
 Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin