BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Masa Yang Sentiasa Ku Kejar..

Lega rasanya apabila selesai urusan pilihan raya dan pembentangan kertas projek..sekarang sedang mengharungi musim peperiksaan..ade tiga paper je..hehe...satu dah lepas..tinggal dua lagi..memandangkan jarak setiap paper adalah jauh maka kami pun ambillah peluang untuk holiday terlebih dahulu..hehe...seronok rasanya..ada bawa buku balik pun tapi tak ulangkaji lagi..m..ada  hal yang hendak dilakukan..namun di sebalik keseronokan itu ada sahabat saya yang sedang berduka..takziah buat sahabat saya yang kehilangan abangnya awal pagi tadi.apa-apa pun, sekarang saya dan kawan-kawan perlu bekerja keras untuk menyiapkan kertas projek sepenuhnya sebelum dihantar kepada penyelia..last exam 29hb, lepas tu gud bye KUIM..insyaAllah tamatlah diploma ku.rancangan seterusnya mesti bekerja sementara nak tgu result untuk sambung ijazah..nak keje ape tah la..wait n see..

Saturday, April 2, 2011

My Sweetheart..


Mr. Obot
<3

Hadiah Saya...


Hadiah Daripada Kak Eima..tq ian2 ;-)




Hadiah Daripada Kak Lin & Zul..moga bahagia selalu..:-)



Hadiah Daripada Adik-adik RTT AG2..sayang kamu.


Hadiah Daripada sahabatku, ct farahia muhd jamil ..sayang fara..



hadiah daripada sahabatku, khaidura zainol abidin




Today, 2 April 2011

Meskipun hari ini adalah hari bermakna buat ku, namun rumsis lah yang menjadi pujaan hati ku..maksudnya saya duduk rumsis jelah hari ni..petang baru keluar ke pekan Masjid Tanah..macam-macam di fikirkan. Tidak lama lagi pembentangan Kertas projek akan berlangsung, debaran semakin terasa..setiap hari hati berasa risau sahaja..maklum jelah masing-masing takut disoal panel sampai tidak boleh menjawab soalan..huhu..kertas projek sudah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tidak tahulah mana lagi silapnya. Di samping merasai debaran untuk membentangkan kertas projek, pada masa yang sama hati berasa semakin gembira lantaran tidak lama lagi kami semua akan menamatkan zaman diploma ini. jika difikirkan memang terasa sedih untuk meninggalkan KUIM dan rakan-rakan yang ada di sini yang sememangnya telah menaburkan seribu satu kenangan yang terindah dalam tempoh tiga tahun menuntut di KUIM ini. Namun, semua itu tinggal kenangan yang tidak mungkin boleh di ulang. Saya akan meneruskan perjalanan hidup saya tanpa berpatah balik atau menoleh ke belakang..

Usia ku

Hari ini genaplah usia ku 21 tahun. 2 April bersamaan hari Sabtu. Kawan-kawan gelakkan saya, dorang kata saya dah tua..haha..apa-apa pun dengan bertambahnya usia saya semoga saya semakin dekat dengan Robbul'izzati..bak kata pepatah "dunia kata pergi, kubur kata mari". Syukran jazilan kepada para sahabat atas kegembiraan yang diberikan kepada saya pada malam 28 mac 2011, yang bertempat di RTT AG2, Tun Teja, KUIM. Terima kasih juga kepada para sahabat yang berdoa supaya Allah menyelamatkan saya di dunia dan akhirat. Kepada insan-insan yang mengiringi perjalanan hidupku iaitu keluargaku, sahabat ku dan saudara-saudara ku, terima kasih atas segalanya. Moga kalian mendapat keredhaan Allah S.W.T.. InsyaAllah.. Semoga usia 21 tahun ini mematangkan lagi diri saya.

"Selamat Hari Lahir Kepada Saya;-)"
Moga Allah Memberkati..

KENANGAN INDAH BERSAMA ADIK-ADIK RTT AG2, TUN TEJA, KUIM

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari saya dan kawan-kawan terkejar-kejar dengan macam-macam kerja....terkejar-kejar macam perdana menteri pula tu..hehe.. kadang-kadang dalam satu hari tu masa selalu tak cukup, tak tau la kenapa tak cukup..by the way, di kala kesibukan yang selalu mendatangi saya dan kawan-kawan saya, tetapi masih ada insan-insan yang sentiasa mengingati kami yang dah tak lama lagi bakal meninggalkan KUIM. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam…(28 mac 2011)

Telefon ku berbunyi, ada mesej masuk la tu.. saya lihat..o..mesej dari kak Lin.."naza, eima ade dengan naza tak?..saya pun balas la xde..maklum jelah masa tu saya jadi pencatat untuk AGM PERSEPSI..kak eima pula g kelas MUET. Masa balik ke rumsis saya berjalan seiringan dengan kak eima. Kak eima pun berkata "akak rase ade benda peliklah dengan budak-budak rumah akak ni..kak lin kate die tinggal sorang-sorang, budak-budak takde, then black-out plak tu..tapi budak-budak ni kate pulak...akak cepat balik kak lin sakit..ni mesti ade hal dorang nak buat ni, kite buat-buat tak tau je".

Saya kata “yelah, ade pape la tu..kite buat-buat tak tau je..” Saya yang ingin terus mengikuti kak eima ke rumahnya singgah sebentar di tepi tingkap bilik saya, nak hantar buku.. tapi tengok farahia takde pula..buat penat saya je panggil die kat tepi tingkap..lepas je saya letak buku kat tepi tingkap, saya dan kak eima pun bergerak ke biliknya..masa depan pintu kiteorg kata “kite buat-buat tak tau je”..sambil tangan saya membuka pintu rumah RTT AG2 yang sedang gelap gelita..bila pintu terbuka je..”hah! bukan main banyak lagi tepung ditabur ke seluruh badan kiteorg!!!!!” mak ia…

Rupa-rupanya…budak-budak ni kenakan kiteorang..habis baju saya yang serba hitam penuh dengan tepung, muka takyah cakap lah…haha..bila masuk dalam rumah tu…eh, farahia! Rupanya beliau adalah mangsa pertama budak-budak tu..lepas turn kiteorang, dura lagi pla yang dorang panggil..nasibnye same dengan kami..di tabur tepung!!!hahah… pelik juga dengan budak-budak ni sebab takde rebut takde taufan tiba-tiba je buat macam ni..

Al-kisah…rupanya budak-budak ni nak buat majlis perpisahan dengan kiteorang berempat, maklum jelah dah semester 6..masa tu kiteorang rasa terharu sangat, tak sangka budak-budak ni nak buat macam tu, tak terfikir langsung pun..dorang kata kebetulan malam tu semuanya free, tu yang pilih malam tu untuk buat majlis tu..macam biasalah..bila ada majlis sudah semestinya kak lin akan menghidangkan menu-menu yang istimewa. Fuh…bukan main sedap lagi kiteorang makan masa tu..

Malam tu juga beberapa sesi telah berlangsung (wah..macam majlis besar pula)..yang mana kami berempat berasa sungguh terharu atas persediaan yang disediakan oleh adik-adik RTT AG2.. siap bagi hadiah lagi, ada kata-kata indah pula atas pembalutnya..memang cantik..masa tu rasa sedih juga bila mengenangkan kami akan berpisah sebab kami dah macam adik beradik. Buat adik-adik RTTAG2, Tun Teja, KUIM (kak lin, aisyah, ayu, kila, shima, fara dan fatimah)..syukran jazilan atas segalanya, moga kejayaan milik kalian..moga ukhuwahfillah kita kekal selamanya..salam sayang yang tak terhingga untuk semua..

"KU TULIS NAMU MU DI LANGIT,

HILANG DI PUKUL ANGIN,

KU TULIS NAMU MU DI PASIR,

HILANG DI PUKUL OMBAK,

KU TULIS NAMU MU DI HATI KU,

KEKAL UNTUK SELAMA-LAMANYA..."

(RTT AG2)

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin