BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Saturday, August 28, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

By Sebutir Mutiara Seindah
Wanita

Memang sakit bila cinta yg kita
dambakan selama ini tak dihargai
oleh insan yg bernama
kekasih,apatah lagi kita dibuang
begitu saja... tapi,itulah juga
petanda terbaik untuk diri dan
kehidupan kita pada masa akan
datang.
1. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya apabila kita
bertemu jodoh yg sebenar,masih
ada rasa syukur kita pada
ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan
pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita dapat KASIH
SAYANG YANG TERBAIK,KHAS
UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH
& PENYAYANG kerana
mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yg hebat untuk
kita dan kehidupan kita pada
masa depan...
6. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak
semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita lebih faham
bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang
yg salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg
kecewa,menderita dan sengsara
kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak
pasti samada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan
suruhanNYA, dan meninggalkan
laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya
ALLAH malu untuk menolak
permintaan hambaNYA yg
menadah tangan meminta
dengan penuh pengharapan
HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan ya Ramadhan..

alhamdulillah..aku sempat juga bertemu dengan ramadhan lagi buat kali ini. beberapa bulan aku menunggunya dengan penuh kerinduan..syukur masih sempat. telah aku simpulkan azam yang kukuh untuk mengharungi ramadhan kali ini dengan lebih baik berbanding ramadhan-ramadhan ku yang lepas. moga dengan hadirnya ramadhan terubatlah semua duka dan lara yang telah duduk merimbun di dalam hati sejak beberapa hari ini,.moga dengan ramadhan hati sentiasa terhibur dan semakin terhibur tanpa surut..moga dengan ramadhan banyak akhlak-akhlak terpuji yang datang menyapa aku, sekaligus pergilah engkau wahai dosa-dosa dan sifat-sifat mazmumah ku..usah kembali lagi..semoga dengan hadirnya ramadhan kali ini segala perbuatan ku, kalimah-kalimah yang terlahir dari mulut atau bicaraku, pandangan ku, fikiran ku, hati ku, senyum ku, ibadah ku dan langkahku semuanya mendatangkan manfaat dan pahala pada diriku.dan semoga ianya berkekalan sehinggalah ke bulan-bulan yang seterusnya..insyaAllah..

Sememangnya bulan ramadhan sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam tanpa mengira lapisan masyarakat, umur, dan tidak kira di mana pun jua berada..di bulan ramadhan peluang mencari pahala melimpah ruah. Terpulang dengan kita samada nak atau tidak. Di bulan ramadhan juga semua syaitan akan diikat, tinggal kita sahaja berjuang melawan nafsu kita sendiri. Siapa menang melawan nafsunya,alhamdulillah...dan siapa yang kecundang atau tewas malang sekali.di bulan ramadhan ketika berpuasa kita akan bersungguh-sungguh menjaga puasa kita daripada terbatal..alangkah bagusnya sekiranya ia berlarutan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya..kita akan menahan lidah kita daripada beromong kosong, menahan mata kita daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya,menahan telinga kita daripada mendengar hal-hal yang tidak elok,menahan tangan daripada berbuat perbuatan yang tidak baik,menghalang kaki daripada berjalan ke tempat yang sia-sia atau maksiat dan banyak lagi. Indah sungguh hidup sebagai seorang muslim sejati. Semoga ramadhan kali ini penuh bermakna..amin..

Friday, July 2, 2010

KUIM oh KUIM


Assalammualaikum...
Lama tak updated blog ni..selalu je takde kesempatan..alhamdulillah...sekarang saya berada di KUIM...fuh...dapat result hari tu punya le risau...alhamdulillah...dapat result bagus...so, takde la takut sangat..kawan-kawan pun ramai yang result naik..bagus-bagus..hehe..sekarang ni kuliah tak start lagi..so asyik termenung je kat rumsis..huhu..daftar subjek pun dah..harap-harapla subjek sem ni tak susah sangat..tapi tengok nama-nama subjek macam susah jer...huhu..wait n see la...erm...sem ni saya amek muet..ntah la ni..camana ni..erm..

Monday, May 17, 2010

i'm in holidayyyyyyyyyyyy!!

Alhamdulillah sekarang ni saya tengah bercuti..bestnya...tp tak tau pun nak buat ape..huhu...kat rumah sek duduk termenung je, makan, minum, tidur n bla2..
Tidak sabar rasanya mau ambil result...dah standby redha ni..huhuh..harap-harap dapat result yang elok lah...insyaAllah..harap-harap result kawan-kawan yang len pun gempak..semester depan saya dah berbeza sikit darip[ada 2 sem sebelum ni..mungkin dah tak busy sangat macam dulu dah..maklum jelah saya dah letak jawatan daripada PERSEPSI..m..mesti rindu nanti..rindu wat keje, rindu busy, ridu rakan-rakan seperjuangan..anyway...saya tetap happy..

Wednesday, May 5, 2010

dah abes exam....

alhamdulillah...dah abes exam pun..sekarang ni tengah menanti hari nak balik ke sabah...tak sabar rasanya...huhu..

Tuesday, April 6, 2010

Selamat Tinggal PERSEPSI (Persatuan Mahasiswa/I Akademi Pengajian Islam, KUIM)


Tanggal 30 Mac 2010, kami ahli-ahli PERSEPSI telah pun meletak jawatan dengan rasmimya pada malam AGM, bersamaan Isnin malam lepas. erm..banyak kenangan yang telah saya kutip sepanjang menjadi ketua Exco Akademik selama setahun yang berlalu ini. pahit manis semuanya dikongsi bersama timbalan saya, ajk2 saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam PERSEPSI itu sendiri. saya harap pengalaman yang saya kutip sepanjang menjadi exco ini akan membantu saya di masa hadapan kelak. begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Ada dalam kalangan rakan-rakan mantan PERSEPSI yang bertanding semula, ada bertanding jadi YDPMPM KUIM, YDP PERSEPSI, dan ada juga yang bertanding dalam exco MPM KUIM.. semoga mereka berjaya merealisasikan impian mereka. Saya pula kali ni dah tak bertanding meskipun ada JPR yang minta saya bertanding dalam TYDPMPM KUIM..nak rehatlah..
Pastinya, saya akan sentiasa merindui saat-saat bersama keluarga PERSEPSI SESI 2009/2010. Saya ucapkan syukran jazilan kepada mantan-mantan PERSEPSI yang bersama-sama saya melaksanakan tanggungjawab selama setahun ini. juga syukran kepada mantan YDP PERSEPSI SESI 2009/2010, Saudara Sheikh Haarun bin Yusoff, kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin serta memimpin kami semua dalam PERSEPSI yang lepas, serta kak Almaherah Abu Hassan mantan TYDP PERSEPSI. Kepada 'geng2' PERSEPSI yang bertanding lagi, SEMOGA BERJAYA..GOOD LUCK!!!

Monday, March 22, 2010

Dalam Kenangan Bersama Kak Yanie

Takziah diucapkan buat family kak yanie, semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini, semoga arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman..kami ingat kak yanie selalu..



Yanie

Yanie Mentor meninggal dunia

KUALA LUMPUR 21 Mac – Peserta pertandingan nyanyian realiti, Mentor, Yanie, meninggal dunia pada pukul 4 petang ini di Hospital Keningau, Sabah kerana ketumbuhan pada paru-parunya.

Mentornya dalam pertandingan itu, Ning Baizura memberitahu, Yanie atau nama sebenarnya Sitti Suriane Julkarim telah menghidap penyakit itu sejak empat bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.

Tuesday, March 9, 2010

Jum Berkongsi Ilmu!!!!!

BAB 5 PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU


5.1 KECERDASAN

Apa itu kecerdasan?
Kecerdasan ialah keupayaan intelek untuk situasi baru dan rumit; keupayaan belajar dari kesilapan; keupayaan menyesuaikan diri; keupayaan untuk memahami kaitan intrinsik dan perhubungan dengan tepat, yang membantu kita menyelesaikan masalah baru dan mengorientasikan diri dengan situasi yang telah berlaku. Kecerdasan ialah keupayaan yang paling penting dan paling banyak dikaji oleh psikologi moden.


a) Kecerdasan Intelektual (Intelligent Quotient - IQ)

IQ ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasikan persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kreteria objektif (sebagai ujian); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa. IQ hanyalah ukuran untuk menilai kepandaian seseorang didalam bidang ilmiah seperti bidang metematik dan sains dan bukanlah merujuk kepada emosi dan lain-lain skil. Ujian IQ ini dicipta oleh seorang Ahli Psikologi Perancis, Alfred Binet pada tahun 1905.

100 x mental age / chronological age

Contoh mengira IQ; sekiranya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun
memperolehi markah setaraf dengan kanak-kanak berumur 13 tahun, maka pengiraannya
100 x 13 bahagi 10 = 130, maka IQ kanak-kanak yang berumur 10 tahun tersebut ialah 130.


Peringkat kecerdasan

1. melebihi 140: Kecerdasan genius – sifat mutlak untuk aktiviti kreatif, menentukan arah pembelajaran bagi orang lain (0.2%)

2. hingga 140 Kecerdasan unggul luar biasa – sifat luar biasa untuk aktiviti kreatif, pengurus atau pakar yang baik (2.8%)

3. hingga 130 Kecerdasan amat tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran tahap universiti dengan mudah, mampu mencapai hasil yang baik dalam aktiviti kreatif atau pengurusan (6%)

4. hingga 120 Kecerdasan lebih tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran di universiti, mempunyai etika kerja yang baik, mampu mendapat kerja yang baik(12%)

5. hingga 110 kecerdasan biasa tinggi – menamatkan pembelajaran di universiti dengan sedikit kesukaran. Dengan kecekalan dan kerja keras, seseorang pada peringkat ini mampu mencapai klasifikasi sosial pada kategori berikutnya (25%)

6. hingga 100 Kecerdasan biasa – mampu lulus peperiksaan untuk berijazah, bekerja pada kedudukan pertengahan (25%)

7. hingga 90 Kecerdasan di bawah tahap biasa – mampu menamatkan pendidikan asas dan sesuai bekerja dalam bidang kerja manual(10%)

8. hingga 80 Kecerdasan sempadan rendah – menamatkan pendidikan asas dengan kesukaran, mampu berjaya dalam kelas khas(10%)

9. hingga 70 Bodoh, kecerdasan rendah – jika dibimbing dengan betul, mampu menamatkan sekolah khas(6.8%)

10. hingga 50 Tolol, kecerdasan rendah aras sederhana – tidak dapat diajar, namun mempunyai tabiat harian sendiri untuk meneruskan hidup (2%)

11. hingga to 20 Tongong, kecerdasan amat rendah – tidak dapat diajar dan dilatih(0.2%)



b) Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient - EQ)

Konsep EQ adalah merupakan suatu bentuk kecerdasan sosial yang melibatkan keupayaan mengawal perasaan dan emosi, disamping menggunakan informasi itu untuk memandu pemikiran dan tindakannya. Dengan kata lain, individu yang mempunyai EQ akan menggabungkan tiga komponen emosi iaitu Kognitif, fisiologi dan tingkah laku dengan berkesan. EQ merupakan satu keperluan kepada individu yang ingin mencapai kesejahteraan hidup, berjaya dalam pekerjaan dan semasa berinteraksi dengan orang lain. Individu yang mempunyai EQ mampu memahami perasaan orang lain, dan ini membolehkannya berinteraksi dengan lebih baik.

Menurut Goleman (1995) dalam bukunya Emotional Intelligence (dalam Santrock 2002), EQ dapat mempengaruhi 80 peratus daripada kejayaan di rumah, di tempat kerja dan waktu bermain. Goleman berpendapat bahawa emosi yang sangat sensitif dapat membantu kejayaan dalam kerjaya, rumah tangga yang bahagia, kesihatan mental dan fizikal.


Terdapat empat bidang utama dalam EQ iaitu:

a) Mengembangkan kesedaran kendiri emosi (seperti keupayaan memisahkan perasaan daripada tindakan),
b) Pengurusan emosi (misalnya mampu mengawal kemarahan)
c) Dapat memahami emosi (seperti mengambil kira emosi atau pendapat orang lain)
d) Pengurusan hubungan dengan orang lain (seperti keupayaan untuk menyelesaikan masalah dalam perhubungan.


c) Kecerdasan Rohani (Spiritual Quotient - SQ)

SQ ialah kecerdasan untuk memahami makna dan erti hidup iaitu perhubungan kita dengan tuhan, sesama manusia, binatang dan alam sekitar. Orang yang memiliki IQ dan EQ yang tinggi pasti akan mudah meraih kejayaan. Namun, ada kalanya kejayaan itu tidak mampu membuatkan hidup mereka tenang, kerana gagal mencari makna dan erti hidup.


5.2 KEPIMPINAN


Pengenalan

Perkataan kepimpinan mula wujud dalam kamus bahasa Inggeris bermula pada tahun 1800. Para saintis sosial mengambil masa seratus tahun untuk melibatkan diri dalam kajian emperikal dan saintifik mengenai fenomena kepimpinan seperti cara-cara manusia menjadi pemimpin dan cara mereka memperolehi kepengikutan (followership), cara mempengaruhi pengikut dan faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu menjadikan pemimpin yang berkesan.

Definisi Kepimpinan
-Koontz, O’Donnel (1982;661) – Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai pengaruh, cara atau tanggapan proses mempengaruhi orang ramai supaya mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.
-George Lippit (1980) – Mendefinisikan kepimpinan sebagai daya pengerak sumber dan alat yag terdapat dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat.


Konsep Kepimpinan

Kepimpinan adalah “jentera atau daya penggerak daripada sesuatu sumber dan alat yang terdapat pada sesuatu persatuan atau organisasi” (Siagion, S.P. 1981:6)

Kepimpinan adalah sebagai daya penggerak yang membuatkan orang lain mengikut atau membuat sesuatu dengan sukarela (Mohd Khalid Yusof 1983).

Dengan perkataan lain kepimpinan adalah satu corak hubungan yang melalui seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi perlakuan orang lain melalui pemikiran, perlakuan dan tindakan.


Ciri-ciri Pemimpin

1) Kemahuan jadi ikutan - sikap yang positif seperti tekun, bercita-cita tinggi, berkeinginan tinggi untuk mencapai kecermerlangan, memiliki daya inisiatif dan lain-lain.

2) Kemahuan jadi pemimpin - kemahuan untuk memimpin dan mempengaruhi orang lain serta berkeinginan untuk memikul tanggungjawab.

3) Kejujuran dengan ketelusan hati di mana pemimpin mestilah jujur dan mengamalkan sikap melaksanakan apa yang diperkatakan secara berterusan.

4) Berkeyakinan diri - menunjukkan diri mereka agar orang yang dipimpin mempercayainya dalam mengenai kesahihan matlamat dan keputusan yang diambil.

5) Berfikiran tinggi – bijak menggabung, menganalisis dan memberi tafsiran melalui maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber.
6) Bijak mencipta visi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

7) Berpengetahuan berkaitan tugas kerana pengetahuan - membuat keputusan yang tepat melalui maklumat yang betul serta memahami implikasi yang akan berlaku kesan daripada keputusan tersebut.



Stail Kepimpinan

Stail Autokratik atau Teori X – Diasaskan oleh McGregor. Pemimpin membuat keputusan tanpa melibatkan orang bawahan dan tiada proses delegasi kuasa. Cara yang paling berkesan yang patut digunakan oleh pemimpin pada anggapan Teori X ialah pendekatan Carrot and Stick iaitu pemimpin perlu menekankan kepada pemusatan terhadap tugas semata-mata dan tidak perlu memberi tumpuan kepada aspek-aspek kemanusiaan dalam organisasi.

Stail Demokratik atau Teori Y – Pemimpin perlu melibatkan orang bawahan dalam proses membuat keputusan tentang matlamat dan polisi matlamat. Kawalan sendiri adalah konsep utama dalam kepimpinan yang berlandaskan stail demokratik. Faktor-faktor kemanusiaan diberi keutamaan, maka bagi Teori Y, pemimpin mestilah berorentasikan manusia dalam kepimpinannya. Selain itu, proses delegasi kuasa pada tahap yang munasabah mesti berlaku sekiranya stail kepimpinan pemimpin berdasarkan Teori Y.

Stail Leissez - Faire atau Bebas - Pemimpin memberi kebebasan sepenuhnya kepada kumpulan tertentu untuk membuat keputusan dan memyempurnakan tugas mereka dengan cara yang mereka fikirkan sesuai. Pengurus dalam pendekatan ini paling pasif di mana ia dianggap seperti seorang penonton sahaja. Segala kegiatan kelompok diserahkan kepada orang bawahanya. Ini satu cara yang tidak berkesan dalam kepimpinan satu-satu organisasi.



5.3 PERSONALITI KREATIF

- De Bono (1992) – Kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai.
- Gallangher (1985) – Kreativiti ialah satu proses mental yang dengan individu mencipta idea atau produk baru atau menggabungkan idea dan produk yang sedia ada supaya ianya menjadi sesuatu yang baru.

- MacKinnon (1962) – kreativiti yang tulen memenuhi sekurang-kurangnya 3 syarat :

a) Ia melibatkan gerak balas atau idea yang baru atau yang jarang berlaku.
b) Ia mesti boleh digunakan dalam suasana sebenar
c) Idea asal dapat dikekalkan, dinilai dan dimajukan sepenuhnya.


Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kreatif adalah kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah, walaupun ia merupakan sesuatu yang luar biasa dan tidak mengikut peraturan yang lazim termasuk kebolehan mencerna idea, berimaginasi, dan menghasilkan idea yang asli, baru, dan pelbagai. Dari segi fisiologinya , pemikiran kreatif ini melibatkan HOKA ( Teori Hemisfera Otak Kanan).


Mengikut Ainon & Abdullah ( 1995 ) – cara-cara mendapatkan pemikiran kreatif :

1) Jangan terus menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang pertama.
2) Terus berfikir sehingga kita mendapat alternatif lain.
3) Membuat pemilihan yang terbaik berdasarkan kriteria- kriteria tertentu.
4) Dielakkan apabila menghadapi masalah ialah bersikap terlalu defensif terhadap masalah tersebut.
5) Tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan .
6) Galakkan diri kita melakarkan peta minda kerana dari situ idea kita akan bercabang- cabang dengan idea yang pelbagai.
7) Yakin dengan diri sendiri dan berusaha berfikir untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian serta perlulah yakin dengan kebolehan diri kita.



RUJUKAN

Razali Mat Zin (1996), Kepimpinan Dalam Pengurusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, m/s 41.
Aminuddin Mohd Yusof (1994), Kepimpinan, Motivasi Dan Prestasi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, m/s 9.
Mok Soon Sang (2008), Pengurusan Bimbingan & Kaunseling, Perak: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd, m/s 318.
Robiah K. Hamzah, Ph.D (2002), Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Kepimpinan, Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, m/s 3.
Sumber daripada Internet

Nabi Hud Yang Diutuskan Kepada Kaum Ad

Kaum Ad merupakan kaum yang tinggal di Al-Ahqaf suatu masa dahulu, mereka berketurunan Abdullah ibn Rabah ibn al-Khulud Ibn Ad ibn Aus ibn Iram. Nabi yang diutuskan kepada mereka ialah Nabi Nuh a.s dan mereka adalah kaum yang sangat kaya. Sebahagian riwayat menyebut al-Ahqaf terletak antara Yaman dan Amman, hingga Hadramaut dan As-Syajar. Kaum Ad terkenal dengan kesombongan dan mempersekutukan Allah, menyembah berhala, seperti Shada, Shamud dan al-Hava.

Mereka dikenali sebagai ‘orang yang tinggal di bandar yang mempunyai banyak tiang iaitu bandar Iram’. Pada mulanya mereka menganuti agama yang dibawa oleh Nabi Nuh a.s, namun apabila mereka semakin mewah mereka mula alpa dan lalai.
Kemudian Allah SWT memilih dikalangan mereka seorang nabi sebagai pembimbing dan penasihat supaya mereka kembali ke jalan yang benar. Tetapi mereka menolak dan memanggil Nabi Hud sebagai bodoh dan penipu.

Mereka dengan bongkaknya berkata, “Siapakah yang lebih berkuasa dari kami?” Mereka membina kubu-kubu yang kuat dan berbangga kononnya mereka lebih kuat daripada orang lain. Mereka menidakkan kata-kata Allah SWT.

Hud menyeru kaumnya supaya beribadah kepada Allah, dengan meninggalkan semua bentuk penyembahan berhala kerana ia adalah jalan bagi menghindarkan diri daripada azab di akhirat.

Tetapi kaum Ad beriktikad berhala itu adalah sekutu Allah, malah bagi mereka berhala dapat memberi pertolongan. Mereka bukan saja tidak mahu mengikuti ajaran yang disampaikan, malah merendah dan menghina Hud.

Bagi menghadapi mereka, Hud memperkenalkan dirinya seorang Rasul yang diutuskan Allah. Beliau juga mengatakan dakwahnya itu dengan ikhlas tanpa mempunyai tujuan lain.

Namun, pemimpin kaumnya yang kafir itu berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan kami menganggap kamu termasuk orang yang berdusta.”

Hud menjawab: “Wahai kaumku, tiada padaku kekurangan akal walau sedikit, tetapi aku ini utusan dari Tuhan semesta alam, aku menyampaikan amanah Tuhanku kepadamu dan aku hanya pemberi nasihat kepadamu.”

Kaum Ad yang memang bersikap keras kepala terus bersoal jawab. Namun, mereka langsung tidak menerima nasihat dan hujah yang disampaikan Hud. Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, malah bertuhankan hawa nafsu.
Pemimpin mereka berasa keberatan untuk meninggalkan penyembahan berhala.

Kemudian mereka berkata:
“Engkau belum memberi hujah yang jelas dalam dakwahmu. Kami sama sekali tidak akan meninggalkan penyembahan kepada tuhan kami, tidak akan membenarkan dan mengikuti seruanmu. Kami tahu sebahagian kami sembahan kami menimpakan keburukan kepadamu hingga engkau sakit ingatan dan mengucapkan perkataan tidak benar.”

Seterusnya, kaum Ad berasa bosan dan marah dengan Hud, kerana sentiasa berdakwah dan menasihati mereka ke jalan yang benar. Mereka tidak mahu lagi mendengar nasihat itu, sebaliknya meneruskan penyembahan berhala.

Kemudian Hud berkata: “Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersama aku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu.”

Lalu mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah dan meninggalkan apa yang biasa disembah bapa kami?

Datangkanlah azab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang benar.”
Hud berkata: “Sungguhnya sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu. Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan….tunggulah azab itu, sungguhnya aku tidak termasuk orang yang menunggu bersama kamu.”

Mereka keras kepala dan buta mata hati. Hud menjelaskan tuhan berhala yang disembah mereka tidak lebih daripada nama yang kosong dan tiada kekuasaan, hanya patung yang tidak masuk akal untuk disembah.

Kesombongan dan kedegilan kaum Ad itu mengundang petanda bala daripada Allah, iaitu kemarau yang panjang dengan tiada hujan selama tiga tahun.

Ketika itu Hud menasihati lagi: “Berdoalah pada Tuhan, mohon ampun
daripada dosa yang dilakukan, kemudian bertaubatlah pada Tuhan. Jika kamu lakukan, pasti Dia akan menurunkan hujan yang deras…”

Allah SWT menurunkan bala kepada mereka dalam bentuk angin dan ribut taufan yang berlangsung selama lapan hari tujuh malam yang membinasakan mereka seolah-olah mereka itu sebatang pokok yang kosong. Akhirnya ribut taufan membinasakan mereka yang berdosa bersama-sama harta benda mereka.

Negeri yang didiami mereka sebelum ini subur dengan tanaman dan mewah dengan bangunan tinggi, bertukar wajah sekelip mata menjadi tandus dan kering, tiada berpenghuni lagi, semata-mata kerana tidak mengikuti ajaran Hud.

Manakala Hud bersama pengikutnya yang beriman kepada Allah sebelum didatangkan azab itu berhijrah ke tempat lain, iaitu ke kota Makkah. Hud tinggal beberapa lama, kemudian meninggal dan dikuburkan di sana.

Pengajaran yang dipelajari dari cerita ini ialah, “Janganlah lupa diri, angkuh dan kufur setelah berjaya. Kita seharusnya bersyukur dengan pemberian dan ujian daripada Allah SWT”.

Monday, February 1, 2010

Dalam Kenangan






salam..
tiba2 teringin pula nak bercerita tentang kisah lepas..semester 3 yang lepas Sukan IPTIM telah diadakan di KUIM.Ramai atlet yang terlibat.Tapi ada 7 kategori acara je yang dipertandingkan dan hanya melibatkan IPT islam se-Malaysia saja.Ceritanya untuk atlet KUIM..ada atlet dapat training awal..ada yang turun training lambat sebab ada banyak komitmen lain termasuklah komitmen terhadap pelajaran yang kebetulan masa tu musim exam..namun exam tidak menghalang sesetengah atlet tu pun untuk beraksi sekali dengan atlet-atlet yang lain.agaknya begitulah semangat-semangat atlet KUIM kot..sebelum pertandingan para atlet terlibat dengan latihan berpusat selama 4 hari.trainingnya boleh tahan la jugak..huhu..pastu baru atlet training di bawah bmbingn jurulatih n pgurus msing2.alhamdulillah..rezeki KUIM ade..jumlah pingat xingat..tp dpt number 2 kseluruhan..kat sni ade gmbr2 mse sukan iptim..he3.

Monday, January 25, 2010

Semester Baru...


Semester baru yang bermula kali ini membawa sedikit perubahan pada diri saya dan kawan-kawan saya..contohnya kelas banyak kelas start jam8..semakin awal ke kuliah..erm..bagus2...blog ni pun dah lama x update..busy la katakan..pasal result sem lepas..alhamdulillah..walaupun dugaan datang tanpa henti tapi rezeki tetap ada..sem ni harap dapat fokus lebih pada pelajaran saya..begitu juga saya harap pada rakan-rakan seperjuangan saya..harap2 kiteorang success semua..harap juga agar saya semakin matang dalam menghadapi setiap dugaan dan masalah yang melanda..m..terbaru ni kampung saya telah dilanda banjir..nasib rumah saya x tenggelam..Syukran Allah..apa pun,semoga hari esok lebih bermakna daripada hari ini..lastly..i love my ummi,my family n all my frenz..

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin