BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nuffnang

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

kepada semua sahabat serta sesiapa yang mengenali diri ini...saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir n batin..saya mohon sejuta kemaafan kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan saya..sesungguhnya tiada sesiapa pun yang sempurna..kepada sahabat2ku..semoga success selalu..:-)


untuk bulan ramadhan..semoga kita bertemu dengannya lagi di tahun hadapan...insyaAllah...

FITNAH WANITA TERHADAP LELAKI


Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum lelaki selain perempuan.”
“ Baginda tidak pernah menyaksikan dua orang yang saling cinta-mencintai sebagaiman yang ada di antara suami dan isteri dalam perkahwinan.”
Firman Allah dalam Al-Qur’an:
“ Janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah dosa dan kebencian yang sejahat-jahat jalan.”
Senjata Fitnah Wanita
1) Airmata
Airmata wanita memiliki kuasa yang luar biasa. Bila-bila airmata itu boleh mereka keluarkan sama ada jika mereka dalam kesusahan atau jika mereka hendak meminta sesuatu dan ketika mereka dalam kegembiraan
2) Pandai mengambil hati
Mereka boleh berpura-pura mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh lelaki untuk melembutkan dan mengambil hati lelaki.
3) Mendedahkan aurat
I ni adalah perbuatan yang mereka akan lakukan untuk mengundang mata lelaki agar memandang mereka.
4) Senyuman
Apabila mereka mahu menakluki hati seseorang lelaki sekaligus ingin menguasai lelaki itu, maka cara inilah yang digunakan.
5) Tipu daya
Mereka juga pandai memutarkan belit jika mereka ingin mengkhianati atau ingin mempermainkan lelaki.
6) Tutur kata yang manis
Wanita sangat bijak menutur kata yang indah-indah untuk menarik minat lelaki itu, lebih-lebih lagi apabila ingin meminta sesuatu.
7) Gertak dan ancaman
Apabila mereka berasa terancam oleh seseorang, mereka akan menakut-nakutkan orang itu dengan berbagai cara.

Ketika Cinta Perempuan Mnenjadi Fitnah

1) Fitnah Keindahan
Sabda baginda:
“ Perempuan adalah aurat. Setiap kali ia keluar dari rumah, maka syaitan akan memperhatikannya dan berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan melalui seseorang melainkan engkau memperdayakannya.”
Ramai orang tertarik dengan suara perempuan sehinggakan kadang-kadang mereka memuji dan memujanya sepanjang hayat mereka. Sedang Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dalam diam, kerana suara mereka adalah kunci pintu hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk berbagai fitnah. Kerana sebab yang sama Allah telah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki.
Kalau mata suka memandang sesuatu yang cantik dan molek, maka telinga juga amat suka mendengar suara yang merdu dan manja. Jadi fitnah bukanlah hanya dibataskan kepada penyanyi semata-mata tetapi boleh timbul daripada suara semua perempuan. Sehinggakan dalam solat, perempuan tidak diharuskan mengangkat suara sekiranya imam solat tersalah, tetapti hanya disuruh menepuk tangan sahaja. Suara perempuan ditakuti mengganggu kekuhsyukan orang lain.
Sabda baginda:
“ Sesiapa yang duduk untuk mendengar perempuan yang menyanyi, pada hari kiamat kelak telinganya disumbatkan dengan inik ( benda cair ).”
2) Fitnah Mata
Adakalanya satu kebisuan lebih bermakna daripada ratusan kata-kata. Ada perempuan gemar bercakap dengan lelaki sambil mainkan isyarat mata, ada juga yang tidak gemar bercakap tetapi mereka mengutarakan isi hati mereka melalui pandangan mata sahaja. Hubungan antara mata dan hati tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetak di hati pasti akan kelihatan di mata. Allah mengetahui setiap apa apa yang tersembunyi di relung hati hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dalam ilmu-Nya. Firman Allah:
“ Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang terselindung di hati.”
Yang menjadi fitnah itu ialah kemampuan mata perempuan itu mengatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah dia memanggil-manggil dan mengajak pada suatu ketika, dan ia menjanjikan pada suatu ketika yang lain.
Oleh sebab itu Islam melarang memandang benda-benda yang haram, seperti perempuan memandang lelaki ajnabi atau pun lelaki memandang perempuan ajnabi kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat.
3) Fitnah Rambut
Rambut adalah mahkota perempuan. Islam melarang sekeras-kerasnya perempuan memperlihatkan rambutnya di khalayak ramai. Kerana itulah islam mewajibkan perempuan memakai tudung ( jilbab ). Sekiranya seorang perempuan itu tidak menutup rambutnya ketika keluar rumah, maka azab neraka sedia menunggunya di akhirat kelak.
Sekarang ramai perempuan yang gemar ke salon untuk mencantikkan rambut mereka. Mereka keluar dari maksiat dan masuk ke tempat dosa, di mana yang pertama mereka mengizinkan rambut mereka disikat dan dipegang oleh lelaki. Kemudian, memperlihatkan rambut mereka pada khalayak ramai supaya lelaki terpikat dengan mereka yang cantik. Hal ini berlawanan dengan sifat ‘Iffah dan amalan yang sepatutnya ada pada setiap muslimah sejati.
Dengan menutup kepala daripada ajaran islam ini, maka kaum lelaki dapat terpelihara dari dosa dan fitnah, juga dapat meletakkan posisi perempuan di tempat yang selamat daripada pandangan atau penglihatan kaum lelaki yang hatinya ada penyakit, yang boleh mendatangkan kesan buruk.
4) Fitnah Tubuh Badan
Sesetengah lelaki menyayangi perempuan adalah disebabkan oleh kecantikan tubuh badannya, memuja keayuan raut wajahnya, dimana cinta dan kasih sayang mereka ada sempadan. Cinta dan kasih sayang mereka akan lenyap bila sampai batas tertentu, di mana apabila keistimewaan yang terdapat pada diri perempuan itu sudah tidak ada.

Yakni apabila suara merdunya sudah menjadi parau dan kurang menarik untuk didengar, wajah dan bentuk badan yang menarik sudah berubah menjadi rapuh dan berkerut serta tidak sedap dipandang lagi. Biasanya ini terjadi bila usia perempuan telah mencapai 45 tahun.
Pada usia ini, apa pun usaha yang dilakukan oleh perempuan untuk mengembalikan kejelitaan mereka yang telah luput akan menjadi sia-sia. Mekap dan segala jenis alat-alat kecantikan yang mereka pakai untuk mendapatkan kembali mutiara mereka yang telah dirampas sang waktu, sesungguhnya hanya akan membuang masa untuk sesuatu yang sia-sia dan palsu
Ketika itu hukum alam telah berlaku. Mereka hanya pasrah menerima kenyataan betapa pun pahitnya. Mahkota wanita yang paling berharga adalah kemudaan. Nama, harta, pangkat, kekuasaan dan kemewahan hidup tidak akan dapat menyamai kemudaan mereka. Hilangnya kemudaan maknanya hilang pula punca daya tarikan mereka sehingga ajal datang mengetuk pintu hati mereka.

Nuffnang

Al-Qur'an

Suara Palestin